Fans

Saturday, April 10, 2010

Avatar Hallelujah at China..

Oleh : SuperSyok Team

Korang dah tengok filem Avatar? Syok kan? Hehehe...



Antara magnet dalam filem Avatar yg berjaya menarik penonton hingga memecahkan panggung ialah lokasi penggambarannya. Suasana dan pemandangan hutan di bulan Pandora yg indah lagi damai mengujakan lagi penonton di seluruh dunia.

Namun, percayakah korang yg lokasi shooting di bulan Pandora yg indah gile tu sebenarnya ialah sebuah kawasan hutan di negara China?



Tak percaya? Haa.. elok la tu. Sebab bukan betul pun. Kah kah kah.....

Filem Avatar telah memperolehi kutipan jualan tiket sebanyak USD$80 juta di China, sekaligus meletakkan filem ni di tempat teratas di negara tersebut dari segi jualan tiket dan populariti.



Sempena itu, kerajaan China Selatan, Zhangjiajie telah menamakan sebuah kawasan hutan pergunungan di daerah itu dengan nama 'Avatar Hallelujah', dengan harapan ianya mampu menarik kehadiran pelancong dari seluruh dunia.

Penamaan ini memandangkan kawasan hutan pergunungan tersebut mirip dengan hutan Pandora yg terdapat dalam filem Avatar.

Malah, syarikat2 pelancongan antarabangsa di Zhangjiajie berlumba2 mengadakan trip pelancongan baru ke 'dunia mistik pergunungan Avatar'.

Hmm.. betul ke serupa tapi tak sama? Apalagi, jom kita layan gambar2 hutan pergunungan di China ni yg didakwa mirip hutan Pandora. Zasss...














Amacam, sama tak?

Lepas ni, John Woo atau Jackie Chan boleh la amik advantage dari hutan 'Avatar Hallelujah' ni untuk filem terbaru diorang. Kasi lawan sket Hollywood tu. Hehehe....

No comments: