Fans

Saturday, May 8, 2010

Jom beriklan bersama SuperSyok!

Terima kasih kepada seluruh Followers, peminat, pengunjung setia dan pelawat SuperSyok. Tanpa korang, sapelah kami.

Atas permintaan ramai, sukacita dimaklumkan bahawa kami telah bersedia untuk membuka ruang iklan dalam blog ini.. :-)

MENGAPA BERIKLAN DI BLOG SUPERSYOK?

1. Dalam tempoh 3 bulan pertama selepas blog ini dibuka, ia telah dilawati hampir 60,000 kali (jumlah paparan) dengan hits melebihi 30,000.

2. Setiap hari SuperSyok Team sentiasa berusaha meningkatkan kunjungan pelawat dengan pelbagai kaedah.

3. Setiap paparan yang diterbitkan dalam blog ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri, segar, informative dan memiliki cara persembahan yang unik. Kriteria seperti ini bukan sahaja mampu mengikat hati para pengunjung setia SuperSyok, malah akan menarik lebih banyak pengunjung baru untuk terus melekat bersama blog ini.

4. Melalui data trafik blog, kami mengesan beberapa artikel daripada blog ini telah disebarluaskan oleh para pelayar internet melalui emel, yahoogroup, forum, facebook, blog peribadi dan pelbagai ruang komuniti lain. Ia secara tidak langsung telah menghubungkan pengunjung-pengunjung baru ke blog ini.

SYARAT-SYARAT AM

1. Langganan bagi 1 lot iklan hanya RM20 sebulan.

2. Tempoh langganan minimum adalah selama 1 bulan.

3. Pengiklan paling awal akan berada di ruang paling atas.

4. Pengiklanan berunsur lucah yang keterlaluan dan menyalahi undang-undang adalah tidak dibenarkan.

5. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas laman web/blog pengiklan setelah beriklan di blog kami.

6. Setiap pembayaran adalah muktamad. Tiada pemulangan wang dalam apa jua situasi selepas pembayaran dilakukan.

7. Kami berhak membuang banner pengiklan sekiranya kami dapati pengiklan melanggar terma dan syarat kami.

BANNER IKLAN

1. Kami tidak menyediakan perkhidmatan membina banner. Pengiklan perlu menyediakan banner sendiri.

2. Banner berukuran 250 x 70 pixel atau 125 x 125 pixel.

3. Banner dalam format jpg atau gif dengan saiz tidak melebihi 200KB.

4. Banner pengiklan akan diletakkan di sisi kanan blog.

PROSEDUR LANGGANAN

1. Emel kepada kami ( supersyokteam@gmail.com ) maklumat-maklumat berikut :
  • Jenis produk / jenama yang nak diiklankan.
  • Banner berukuran seperti saiz yang ditetapkan.
  • URL laman untuk di'link'kan.
  • Tempoh pengiklanan.
2. Dalam tempoh 3 hari, kami akan membalasnya dengan menyatakan kaedah pembayaran.

3. Setelah pengiklan membuat bayaran, emel kepada kami maklumat pembayaran.

4. Setelah kami sahkan maklumat pembayaran, iklan akan dipaparkan selewat-lewatnya 3 hari daripada hari pembayaran yang dibuat.

5. Tempoh langganan akan bermula sebaik sahaja kami memaparkan banner iklan di ruang yang disediakan.

6. 7 hari sebelum tarikh tamat pengiklanan, kami akan memberi notis kepada pihak pengiklan. Jika pihak pengiklan ingin menambah masa pengiklanan, masukkan wang seperti kadar yang ditetapkan. Kami akan beranggapan pihak pengiklan tidak berminat untuk menyambung iklannya jika tiada bayaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh tamat pengiklanan.

Selamat beriklan bersama kami.. :-)

..SuperSyok Team..

No comments: