Fans

Friday, May 28, 2010

Korang tau tak? ( 17 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Sebuah rumah yang dinamakan The Knole memiliki 365 buah bilik – sebuah bilik untuk setiap malam selama setahun. Ia terletak di Sevenoaks, Kent, England. Ia direkodkan sebagai rumah yang mempunyai bilik terbanyak di dunia. Rumah itu mula dibina pada 1456 oleh Thomas Bourchier, seorang bangsawan dari Cantebury. Penghuni terakhirnya ialah Earl Dorset Pertama. Sejak itu rumah tersebut dikosongkan hingga ke hari ini. Segala urusan penyelenggaraannya bagi memastikan ia terus kukuh dikendalikan oleh Badan Amanah Kebangsaan Britain.

2. Bunga tahi ayam mengandungi Fototoksik (racun yang bertindak dalam cahaya) iaitu Alfatertnienyl. Bahan ini jika dilarutkan dalam air akan dapat membunuh larva nyamuk dalam masa 3 jam. Ia satu-satunya tumbuhan yang mempunyai bahan racun serangga.

3. Orang paling pendek dalam keluarga diraja Britain adalah Charles I yang hidup pada abad ke-17. Tingginya hanya 1.4 meter.

4. Ujian bom atom pertama telah dilakukan di Pulau Cincin Eniwetok di tengah-tengah Lautan Pasifik pada 12 Mei 1951. Di sana ia telah memusnahkan satu kawasan 100 kali lebih besar daripada Hisroshima dan Nagasaki.

5. Desa Suria terletak di Piconindi, Jawa Barat, Indonesia. Bandar ini mengumpulkan semua tenaga suria untuk memanaskan air di hospital-hospital di beberapa bandar di Indonesia.

6. England dan Perancis pernah terbabit dengan perang paling panjang di dunia, iaitu selama 116 tahun, bermula 1337 hingga 1453. Sementara perang paling singkat pernah berlaku di antara Brisitsh dengan Zanzibar (kini sebahagian daripada Tanzania). Perang yang berlaku pada 27 Ogos 1896 itu hanya memakan masa 38 minit sebelum tentera British menawan istana Zanzibar.

7. Bufet berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud 'bangun dan ambil sendiri'.

8. Tempat paling lembap di dunia ialah Tulunendo, Colombia. Ia menerima 11,770 milimeter hujan setahun.

9. India mengeluarkan 146 juta tan buah-buahan dan sayuran setiap tahun, menjadikannya pengeluar kedua terbesar di dunia selepas China.

10. Manusia ke 5 billion lahir di Zagreb, Croatia pada 11 Julai 1987. Hari itu diisytiharkan sebagai Hari 5 Billion.

1 comment:

pakikahmann said...

Casino and Dining - Mapyro
The casino is also 원주 출장샵 home 양주 출장샵 to some great games. The casino has a variety 진주 출장안마 of slot machines, table games and keno. 파주 출장마사지 From penny 대전광역 출장마사지 to