Cuba lihat gambar bayi di bawah. Pada pandangan mata kasar, bayi ni nampak normal, sihat dan cukup sifat.
Hakikatnya, bayi ini adalah bayi pra-matang. Dia terpaksa dilahirkan pada minggu ke 34, iaitu 6 minggu lebih awal dari tempoh kelahiran normal. Ibunya terpaksa dibedah selepas berlakunya komplikasi pada kandungan.
Namun hari ini, selepas 9 tahun berlalu, dia telah menjadi ikon unggul golongan Orang Kurang Upaya (OKU), walaupun ia hanyalah seorang kanak-kanak. Siapakah kanak-kanak istimewa ini?

Kanak-kanak hebat ini diberi nama Cody McCasland. Cody dilahirkan pada 2 Oktober 2001 di Texas, USA.
Cody dilahirkan menghidap Sacral Agenesis yang menyebabkan kakinya terbentuk tanpa lutut dan buku lali yang sempurna.
Memandangkan anggota ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna, pada usia 15 bulan, kaki Cody terpaksa dipotong hingga paras lutut bagi membolehkannya menggunakan kaki palsu untuk bergerak.

Sepanjang 9 tahun umurnya, Cody telah menjalani 18 siri pembedahan bagi memastikan fizikalnya dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk melakukan apa jua aktiviti dengan menggunakan kaki palsu.
Namun, kecacatan bukanlah halangan untuk berjaya. Jika ada azam yang kuat, kesungguhan yang maksimum dan usaha yang berterusan, insya Allah tiada apa yang mampu menafikan kejayaan.
Kanak-kanak yang bercita-cita untuk menjadi seorang Anesthesiologist ini telah membuktikan segala-galanya. Di sebalik kecacatan fizikalnya, dia bersama kaki palsu dan semangat jitu terus mencipta nama dan melakar kejayaan di peringkat dunia. Dunia sukan OKU bersinar dengan kelahiran kanak-kanak hebat ini.

Cody pernah menyertai pertandingan sukan di Universiti Oklahoma dan berjaya memperolehi 5 pingat emas dalam acara renang 25 meter dan larian 60 meter & 100 meter pada 2007 dan 2008. Dia bercita-cita tinggi untuk mewakili USA dalam sukan Olimpik atau Paralimpik.
Fizikalnya cacat, tapi semangatnya tak pernah cacat, sebaliknya terus membara untuk mengubah nasib hidup, di kala rakan-rakan sebayanya sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah.
Moga kisah ini memberi inspirasi kepada kita untuk berhenti menyesali dan menangisi kekurangan dan kelemahan diri, sebaliknya terus berusaha memperbaikinya demi mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Jangan harapkan nasib dan rezeki semata-mata.
Dalam ribuan sperma, kita adalah satu-satunya yang berjaya membentuk janin. Kita adalah hero sejak dilahirkan. Kejayaan sentiasa bersama kita seandainya kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu dan kecewa, insya Allah.. :-)

No comments:
Post a Comment