Kalau berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan di jalanraya, kita akan nampak berpusu-pusu trak penunda tiba untuk menarik kenderaan yang rosak ke bengkel.
Itu rutin yang berlaku dalam negara kita. Tapi pernahkah kita melihat motosikal mengambil alih tugas trak tunda tu, iaitu menunda kenderaan?
Di negara kita, mungkin tak pernah. Tapi di beberapa buah negara lain, kemudahan ini telah lama beroperasi. Ya, motosikal menarik motokar.. :-)
Motosikal penunda ini diberi nama Retriever. Ia direka oleh sebuah syarikat Sweden, Coming Through.
Retriever berasal dari motosikal Honda Goldwing 1800 cc yang telah diubahsuai. Ia menggunakan enjin 6 silinder dan berupaya menarik kebanyakan jenis kereta dan trak ringan.
Persoalannya.. mengapa perlu motosikal penunda, sedangkan telah ada trak penunda?
Berbeza dengan trak tunda, Retriever boleh memecut dan mencilok di celah-celah deretan kenderaan yang tersangkut akibat kesesakan yang berpunca dari kenderaan yang rosak di hadapan.
Retriever akan tiba jauh lebih awal dari trak tunda yang turut terperangkap dalam kesesakan tersebut. Ia akan terus menunda kenderaan yang rosak tu sekaligus menamatkan kesesakan yang wujud.

Retriever dilengkapi dengan peralatan menunda seberat 165 kilogram, tetapi boleh menunda kenderaan sehingga 2.5 tan dengan kelajuan maksimum 30 kilometer/jam.
Sehingga hari ini, Retriever telah digunakan di 10 buah negara. Mungkin Malaysia boleh mengkaji dan mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi ni.
No comments:
Post a Comment