Fans

Saturday, May 15, 2010

Korang tau tak? ( 16 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Setiap suntikan maut ke atas penjenayah yang menjalani hukuman mati mengandungi 3 jenis bahan kimia. Pertama; Sodium Thiopental, yang menyebabkan penjenayah tidur lena. Kedua; Pancuronium Bromide, mengakibatkan seluruh otot hilang fungsi. Dan yang ketiga; Potassium Chloride yang akan menghentikan terus degupan jantung.

2. Walaupun kisah percintaan Romeo dan Juliet telah lama berlalu, namun setiap kali tiba Hari Valentine, Juliet akan menerima lebih 1,000 pucuk surat cinta dari serata dunia. Surat-surat itu hanya dialamatkan kepada Juliet di Verona, Itali tempat asal gadis itu.

3. Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera setiap tahun kesan daripada penggunaan pelbagai bahan bakar. Untuk menyerap jumlah gas sebanyak itu secara semulajadi, kita memerlukan kawasan hutan seluas benua Australia.

4. Salji pernah turun di Gurun Sahara pada 18 Februari 1979. Ia terjadi akibat ribut besar yang melanda Algeria. Bagaimanapun disebabkan suhu di kawasan tersebut terlalu tinggi, salji tersebut cair dalam tempoh yang singkat.

5. Antartika dilitupi 98% air dan 2% batu. Purata ketebalan ais di situ ialah 2,195 meter. Jika keseluruhan ais itu cair, ia akan meningkatkan paras laut dan akan menenggelamkan banyak bandar besar di dunia.

6. Pelangi hanya boleh dilihat selepas hujan pada waktu pagi dan lewat petang. Fenomena ini muncul hanya apabila kedudukan matahari berada kurang 40 darjah dari kaki langit.

7. Perisik Jerman, Josef Jakobs adalah orang terakhir dihukum gantung di Tower of London. Hukuman dijalankan pada 14 Ogos 1941 selepas mahkamah mendapati dia bersalah mengintip.

8. 1 kilogram memiliki 3,500 kalori = 65 biji telur ayam = 5 liter susu lembu.

9. Saintis Brazil telah menemui sejenis pokok – Copa Iba yang menghasilkan sejenis minyak. Minyak ini dapat menggerakkan kenderaan berenjin diesel.

10. Hidangan Yogurt yang berkrim mengandungi 2 juta bakteria baik dalam satu sentimeter persegi. Ia merupakan makanan berkhasiat kepada manusia.


No comments: