Fans

Saturday, February 27, 2010

Korang tau tak? ( 5 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Kedudukan mata keldai membolehkannya melihat keempat2 kakinya tanpa perlu menoleh kepala.

2. Semut menggeliat setiap kali bangun daripada tidur.

3. Lalat kuda terdapat di serata dunia. Di mana ada kuda di situlah ia berada. Lalat ini merupakan serangga paling pantas bergerak di dunia dimana ia mampu terbang sederas 144 kilometer sejam.

Friday, February 26, 2010

Tazkirah sempena Maulidur Rasul SAW..

Oleh : SuperSyok Team

Sempena Maulidur Rasul SAW, kami berbesar hati ingin berkongsi hasil tulisan seorang ulama' muda negara kita, Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman dalam tajuk berkaitan. Sama2 kita baca, fahami, laksanakan dan sebarkan. Moga jadi panduan buat kita yg tak sempat hidup bersama Rasulullah SAW.

Thursday, February 25, 2010

Buaya Nil yang kamceng dengan African..

Oleh : SuperSyok Team

Reptilia 'cicak gergasi' ini amat ditakuti ramai. Haiwan pra-sejarah yg terkenal dengan sifat ganas, kuat dan tangkas ini sering menghantui penduduk2 yg menetap di tebing2 sungai mahupun yg menjadikan sungai sebagai jalan pengangkutan atau sumber rezeki.



Buaya Nil adalah sejenis buaya yg banyak membiak di Afrika dan Asia. Ia boleh membesar hingga 20 kaki panjang ( lebih kurang 7 meter ).

Korang tau tak? ( 4 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Tikus mondok boleh menggali terowong sepanjang 300 kaki dalam masa 1 malam sahaja.

2. Badak berupaya membuka mulutnya sehingga boleh memuatkan kanak2 setinggi 4 kaki.

3. Gajah memerlukan 250 kg sayuran dan 200 liter air sehari. Belalainya boleh menyimpan air sebanyak 9 liter pada satu2 masa.

Wednesday, February 24, 2010

Palm Jumeirah, pulau kemewahan..

Oleh : SuperSyok Team

Palm Jumeirah adalah pulau rekaan yg dibina Nakheel, sebuah GLC milik kerajaan Dubai. Ia merupakan salah satu daripada 3 entiti Palm Islands ( selain Palm Jebel Ali dan Palm Deira ).


Palm Jumeirah dari pandangan satelit

Tuesday, February 23, 2010

18SG : Japanese Die Hard..

Oleh : SuperSyok Team

Big Japan Pro Wrestling (BJW) ialah organisasi gusti legenda Jepun tahap profesional yg melibatkan perlawanan berani mati.

Pertarungan dalam gelanggang akan melibatkan senjata2 merbahaya seperti batang lampu 'fluorescent' dan kawat duri.

Pertarungan berani mati yg dianjurkan BJW menarik perhatian banyak peminat. Penubuhan dan perlawanan pertama diadakan pada 16 Mac 1995 di Yokohama Cultural Gymnasium.

Bagusnya, BJW ni bukan je takat handle 'die hard wrestling' macam ni, tapi juga terlibat dengan kerja2 kebajikan. BJW menyumbang ke rumah2 jagaan kanak2, sekolah dan lain2 aktiviti kemasyarakatan. Pehh.. luar ganaz tak ingat, rupanya dalam ada baik maa... Hehe..




Ni adalah antara 'wrestler' BJW. Ada yg muka nampak baik je.. tapi rupanya 'die hard' beb. Haha..

Sunday, February 21, 2010

Korang tau tak? ( 3 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Zorilla ( sejenis mamalia dalam keluarga tupai yg terdapat di Afrika Utara ) adalah haiwan yg paling busuk sekali di dunia. Kelenjar analnya mengeluarkan bau yg boleh dihidu dalam jarak 1 kilometer!

2. Jerung boleh mengesan bau darah walaupun terdapat hanya 1 liter padu darah dalam 100 juta liter padu air laut.

Saturday, February 20, 2010

Burj Al Arab, hotel tertinggi di dunia..

Oleh : SuperSyok Team

Burj Al Arab, sebuah hotel yg terletak di Dubai, UAE. Hotel ni dimiliki Kumpulan Jumeirah.
.
Hotel berharga USD$650 juta ni dibina di atas pulau buatan. Berketinggian 321 meter dengan 60 tingkat dan memiliki 18 lif.
.

Friday, February 19, 2010

Korang tau tak? ( 2 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Setiap kali kita menjilat setem, kita mengeluarkan 1/10 kalori.

2. Untuk menghasilkan 1 tan kertas, sebanyak 1673 kg kayu balak terpaksa digunakan. Bukan itu je, malah prosesnya turut memerlukan penggunaan 88,800 liter air, 97.5 kg batu kapur, 162 kg garam dan 34.2 kg abu soda.

Thursday, February 18, 2010

Ahli Parlimen bertumbuk..

Oleh : SuperSyok Team

Manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah. Haiwan diberikan nafsu, tanpa akal. Malaikat tak diberikan nafsu, hanya taat kepada Allah tanpa sebarang ingkar.

Tetapi manusia dijadikan bersama akal dan nafsu. Hanya dengan iman dan akal, nafsu dapat dikawal dan ditundukkan.

Teorinya, ketinggian tahap pelajaran mencerminkan ketinggian penguasaan akal terhadap nafsu. Teori beb..

Realitinya, satu kurniaan/anugerah/kelebihan itu takkan turun tanpa bersamanya ujian. Ya, ujian sentiasa ada. Jangan claim hebat atau cerdik sehinggalah kita diuji.

Ada org kata, tanpa ujian dan ranjau, hidup ni terasa kosong dan tak bermakna.. hidup ni boring banget pak..

Jangan boring2.. Jom kita layan sket ragam2 manusia yg berada di sekeliling kita. Sekumpulan Ahli Parlimen pilihan rakyat yg rata2 berpendidikan tinggi, tapi kadangkala hilang pertimbangan dalam mengawal nafsu dan emosi. Ujian tu perlu beb dalam proses nak matang.....


Wednesday, February 17, 2010

Kemalangan membabitkan Kanak2.. :-(

Oleh : SuperSyok Team

1 Februari lalu, 1Malaysia digemparkan dengan satu kemalangan maut yg membabitkan seorang murid sekolah darjah 5, di Ipoh.

Lim Jian Wei, murid SRJK (Cina) Bercham yg tengah berbasikal pada 6:20 pagi dilanggar sebuah bas sekolah yg dipandu Ho Siwi Wan, 61.

Sementara 8 Januari lalu, berlaku kemalangan di antara sebuah motosikal dengan sebuah traktor di Pattaya, Thailand. Kemalangan tu menyebabkan kematian seorang kanak2 lelaki berumur 2 tahun, Munin Chomsriwan.

Monday, February 15, 2010

Korang tau tak? ( 1 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Di Bangladesh, kanak – kanak berusia 15 tahun boleh dipenjarakan jika menipu dalam peperiksaan.

2. Dalam secawan kopi, terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.

Sunday, February 14, 2010

Giant Animal.. ( Part 2 )

Oleh : SuperSyok Team

Sambungan dari Part 1..
.


Mak aiihhh.. ni Anaconda kot. Besar bagak.. Rasa kepale dia pecah kena hentak dengan bucket excavator tu kot..

Saturday, February 13, 2010

Giant Animal.. ( Part 1 )

Oleh : SuperSyok Team

Saiz hidupan yg melangkaui saiz tabii dan melangkah ke tahap luar biasa, kebiasaannya adalah hasil eksperimen beberapa kajian dalam bidang veterinar, selain daripada faktor semulajadi.
.
Faktor semulajadi ni termasuklah aspek pemakanan, kesihatan, genetik, habitat dan sebagainya.
.
Teringat filem Anaconda.. ular anaconda dapat membesar dengan luar biasa dan hidup lama sebab makan bunga Rafflesia. Tu skrip dalam filem, realitinya tak tau la. Memang dah gen dia besar bagak camtu..
.

Friday, February 12, 2010

Thursday, February 11, 2010

Tentera Marin US minum darah ular..

Oleh : SuperSyok Team

Sebelum ni kami pernah post entri bertajuk Latihan Komando Thailand. Berikut laporan akhbar Kosmo yg ada kaitan dengan entri tersebut.

Askar Marin AS makan katak, kala jengking



BANGKOK - Askar-askar marin AS makan katak, kala jengking dan minum darah ular tedung dalam satu program kemahiran hidup di hutan wilayah Chonburi, Thailand semalam.

Seramai 14,000 anggota tentera dari 6 buah negara iaitu Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Singapura, AS dan Jepun terlibat dalam latihan perang itu. -AFP

SST : ingat komando Thailand je kena, tentera biasa pun kena.. Hmm, ATM ada ke latihan seumpama ini?

Rakit Botol? Kelas beb..

Oleh : SuperSyok Team

Korang penah tengok drama Kapten Kit, TV3 tak?

Dari barang terbuang, dia recycle buat beca robot la, glove power ranger la. Ala berlakon beb.. Biasa la benda2 cambest macam tu. Haha.

Kreatif dan inovasi ; 2 perkataan yg wajib ada pada para perekacipta. Albert Einstein, Alexander Graham Bell, Henry Ford dll.

Tak kurang rakyat tempatan yg memiliki kriteria seorang perekacipta. Merekacipta kenderaan bergerak dengan air, tanpa penggunaan petrol. Jaket kalis peluru berasaskan hampas sawit. Mesin itu mesin ini. Kebanyakannya hasil inovasi universiti dan pusat penyelidikan.

Kadangkala kita lupa dengan perkakasan yg ada di sekeliling, yg sekilas pandang hanya sampah dan 'useless'. Sedangkan jika kita kreatif dan bijak mengolahnya, ia boleh mendatangkan pendapatan yg agak masyuk.

Kali ini kami ingin paparkan hasil kekreatifan dan daya inovasi 2 remaja Barat dalam menghasilkan rakit dengan menggunakan botol plastik terbuang.



Wednesday, February 10, 2010

Funny Signboards..

Oleh : SuperSyok Team

Selamba je kat Barat eh.. Straight forward, takde alas2 kias2 nye.. Kalau tak paham juga tak tau la..

Tapi kalau kat Malaysia ni mau kena kondem nih. Al maklum adat ketimuran.. Kah kah kah....


Tuesday, February 9, 2010

Eggs.. Eggs.....

Oleh : SuperSyok Team

Tension? Stress?

Jom sama2 layan sebuah hasil seni yg kreatif dan menarik.. :-)


Monday, February 8, 2010

Budak mati diserang Rottweiler..

Oleh : SuperSyok Team

Lihatlah wajah kanak2 comel di bawah ini...



Kanak2 comel yg sedang didukung oleh kakaknya itu bernama Romklao Plu. Keluarganya memanggilnya dengan nama manja, Nina.

Saturday, February 6, 2010

antique, classic and dot dot dot..

Oleh : SuperSyok Team

Bak kata Pak Pandir, takde yg lama mana mungkin ada yg baru. Layanz aje la.. Hehe.


Friday, February 5, 2010

Jangan kufur nikmat Allah bro..

Oleh : SuperSyok Team

Soal rezeki, jodoh, hidup dan mati adalah ketentuan Allah. Namun kita disuruh berusaha dan berdoa. Namun, jika kita kufur dengan nikmat kurniaan Allah, dibimbangi Allah akan murka dan menarik kembali nikmat tersebut. Lebih malang jika Allah takkan kurniakan lagi rezeki tersebut walau apa jua usaha kita.

Ibubapa, keluarga, isteri, anak2, harta, pekerjaan, kesihatan, kelapangan.. adalah antara rezeki pinjaman Allah. Dia berkuasa memberi dan menarik kembali. Moga hati2 kita sentiasa hidup dan celik untuk menghayati dan mensyukurinya..




Allah kurniakan para pembesar Arab dengan rezeki yg melimpah ruah hasil dari 'emas hitam' yg terkandung dalam bumi mereka.

Thursday, February 4, 2010

Ikan pari berhijrah..

Oleh : SuperSyok Team



Ribuan ikan pari emas sedang berhijrah dari Mexico ke Yucatan.

Wednesday, February 3, 2010

Terima kasih kerana sudi berkawan denganku..



Aku hanyalah sebiji limau..
Aku bosan dengan rutinku. Siang malam memeluk tubuh.
Aku teringin melihat dunia luar yg katanya penuh dengan warna warni.. bukan hanya warna oren yg ku kenal dan lihat setiap hari..

Tuesday, February 2, 2010

Latihan Komando Thailand..

Oleh : SuperSyok Team

Semua maklum, latihan pasukan gerak khas atau komando mana2 negara sekalipun, memang mengerikan.. tapi jarang didedahkan kepada umum.

Di sini diselitkan beberapa gambar yg menunjukkan bentuk latihan tentera komando Thailand.




Simbol keberanian komando Thai..