Fans

Thursday, February 18, 2010

Ahli Parlimen bertumbuk..

Oleh : SuperSyok Team

Manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah. Haiwan diberikan nafsu, tanpa akal. Malaikat tak diberikan nafsu, hanya taat kepada Allah tanpa sebarang ingkar.

Tetapi manusia dijadikan bersama akal dan nafsu. Hanya dengan iman dan akal, nafsu dapat dikawal dan ditundukkan.

Teorinya, ketinggian tahap pelajaran mencerminkan ketinggian penguasaan akal terhadap nafsu. Teori beb..

Realitinya, satu kurniaan/anugerah/kelebihan itu takkan turun tanpa bersamanya ujian. Ya, ujian sentiasa ada. Jangan claim hebat atau cerdik sehinggalah kita diuji.

Ada org kata, tanpa ujian dan ranjau, hidup ni terasa kosong dan tak bermakna.. hidup ni boring banget pak..

Jangan boring2.. Jom kita layan sket ragam2 manusia yg berada di sekeliling kita. Sekumpulan Ahli Parlimen pilihan rakyat yg rata2 berpendidikan tinggi, tapi kadangkala hilang pertimbangan dalam mengawal nafsu dan emosi. Ujian tu perlu beb dalam proses nak matang.....














Aisey.. relek la auntie.. sampai kasut naik kepala nih, huhu..

Tu semua kat luar negara. Parlimen kat Korea Selatan, India, Taiwan, Australia, UK, Russia dll.

Malaysia? Tak kurang hebat beb.. Tak caye? Mai kita tengok sket.. Hehe......


ADUN Jelapang, Perak dah standby nak sembur black pepper ke mata seorang ADUN.

ADUN Paloh, Kelantan memberikan hadiah 'front kick' kepada seorang ADUN.

Apabila kita marah, kita sebenarnya dalam keadaan tak stabil. Ketika tu, anasir2 luar mudah mempergunakan kita. Samada anasir zahir mahupun ghaib. Manusia mahupun jin/syaitan. Sedikit provokasi atau hasutan akan menambahkan kemarakan api amarah dan benci.

Moga kita semua tergolong dalam golongan yg sabar, tenang dan bijak dalam menghadapi ujian emosi ini :-)

3 comments:

Sakinah Aqilah said...

bapak2 dah macam tu, macam mana pulak dgn anak2nya nanti...

boleh ke bawak spray black pepper masuk dewan parlimen?

Hanz_Azdi said...

tu salah, jangan kita buat. kot depa suka sangat nak bertumbuk dalam dewan parlimen atau DUN, lantaq pi depa... biaq pi depa saja gaduh, kita hat orang atau penyokong biasa ni sangat sampai tara tu..tak baik. Bukan takat spray tak boleh bawak masuk dewan patutnya kerusi meja pun tak boleh ada..takut depa ni bila dah gaduh sama saja BN ke PR ke dah rupa monyet..lepas main seret Speaker mau depa nanti main baling-baling kerusi pulak...nasib baik PR tak mula dulu ..hehe..sarkas DUN Perak...buat malu negeri teman saja le.

lain kali PRU kita mintak depa BN, PR letak calon yang kuat bertumbuk pula. Calon bekas askar komando, pesilat negara, semua ahli martial arts adalah diutamakan & didahulukan...hehehe...mampuih kalo lagu tu.

SuperSyok Team said...

Dalam 'kitab' Effective Communication dan Public Speaking, ada silibus tentang Pengurusan Emosi. Mungkin diorang ni tak abis ngaji lagi kot.. tup tup dah jadi Ahli Parlimen.