Fans

Friday, February 19, 2010

Korang tau tak? ( 2 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Setiap kali kita menjilat setem, kita mengeluarkan 1/10 kalori.

2. Untuk menghasilkan 1 tan kertas, sebanyak 1673 kg kayu balak terpaksa digunakan. Bukan itu je, malah prosesnya turut memerlukan penggunaan 88,800 liter air, 97.5 kg batu kapur, 162 kg garam dan 34.2 kg abu soda.

3. Lebih 2500 orang kidal di seluruh dunia terbunuh setiap tahun disebabkan menggunakan barangan yg biasanya digunakan oleh mereka yg normal.

4. Tidak kurang 24 kematian direkodkan setiap tahun dan berpuluh2 lagi kes keretakan tengkorak serius melanda penduduk Jepun, akibat terhantuk ketika menunduk2kan kepala sebagai tanda hormat.

5. Secara purata, wanita menyebut 7000 patah perkataan setiap hari berbanding lelaki yg hanya menyebut 2000 patah perkataan dalam tempoh masa yg sama. Ngeh ngeh ngeh...

6. Hasil penyelidikan sekumpulan saintis, cahaya berwarna hijau sangat berkesan untuk mengurangkan perasaan rindu seseorang pada kampung halaman.

7. Jika kita dikurung dalam bilik yg kedap udara, kita akan mati bukan kerana kekurangan oksigen tetapi kerana keracunan karbon dioksida.

8. Perkataan ‘checkmate’ dalam permainan catur berasal daripada perkataan Parsi iaitu ‘shah mat’ yg bermaksud raja sudah mati.

9. Perkataan ‘alphabet’ dalam bahasa Inggeris yg bermaksud abjad adalah berasal dari 3 abjad bahasa Arab iaitu ‘alif ba ta’. Ketiga2 abjad jawi ini disambungkan dan membentuk perkataan alphabet.

10. Jika kita menjerit selama 8 tahun 7 bulan dan 6 hari, kita boleh menghasilkan tenaga yg cukup untuk memanaskan hanya secawan kopi!

11. Mesin taip dicipta oleh Willian Burt pada tahun 1829 untuk kegunaan orang cacat penglihatan. Namun hari ini ia menjadi popular di kalangan orang celik.

12. Pernahkah kita terfikir, kenapa di setiap universiti di seluruh dunia, pemakaian jubah diwajibkan di kalangan para graduan dalam majlis Konvokesyen? Ia bermula pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di Sepanyol dimana ketika itu wujud universiti pertama dan terawal di dunia iaitu di kota Andalusia. Golongan cendiakawan Islam yg menguasai dan mempelopori pelbagai bidang ilmu ketika tu menjadikan pemakaian jubah sebagai pakaian harian khususnya dalam majlis Konvokesyen ketika tu. Ini sebagai usaha menghidupkan dan menerapkan sunnah Rasulullah SAW di kalangan para pelajar dan pensyarah. Amalan tu berterusan sampai hari ni.. :-)

1 comment:

nad_R said...

yang no 3 tu x berape paham sgt la...