Fans

Friday, February 5, 2010

Jangan kufur nikmat Allah bro..

Oleh : SuperSyok Team

Soal rezeki, jodoh, hidup dan mati adalah ketentuan Allah. Namun kita disuruh berusaha dan berdoa. Namun, jika kita kufur dengan nikmat kurniaan Allah, dibimbangi Allah akan murka dan menarik kembali nikmat tersebut. Lebih malang jika Allah takkan kurniakan lagi rezeki tersebut walau apa jua usaha kita.

Ibubapa, keluarga, isteri, anak2, harta, pekerjaan, kesihatan, kelapangan.. adalah antara rezeki pinjaman Allah. Dia berkuasa memberi dan menarik kembali. Moga hati2 kita sentiasa hidup dan celik untuk menghayati dan mensyukurinya..




Allah kurniakan para pembesar Arab dengan rezeki yg melimpah ruah hasil dari 'emas hitam' yg terkandung dalam bumi mereka.




Mereka bebas menyediakan apa saje dari rezeki tersebut.




Mereka bebas menumbangkan beratus2 ekor kambing untuk santapan mereka.




Mereka bebas memborong beratus2 kilo beras untuk hidangan mereka.




Tiada lafaz.. apabila menatap gambar ini.




Ntah apa kenikmatan dan kepuasan yg mereka rasa agaknya?




Setelah puas menjamu nafsu perut, terpandangkah mereka akan sisa ini?




Rezeki kurniaan Allah dibazirkan begitu saje.




Inikah kepuasan yg mereka cari?




Di mana hati2 mereka ketika melihat gelagat anak kecil ini?




Atau tak peduli langsung untuk menatap wajah anak ini?




Ahh.. tak sanggup rasanya untuk mengulas wajah2 malang ini..
Saksikanlah sendiri dengan hati yg terbuka. Moga hidayah Allah menerjah pintu hati kita.












Tak perlu kita menuding kesemua jari kita ke arah pembesar2 Arab tadi. Lihat cermin dan tepuklah dada, tanya hati kita.. Ada bezakah kita dengan mereka?

Majlis2 kenduri di sana sini.. dibuat besar2an. Berkawah2 makanan disediakan. Puas menjamu tetamu, ada lebihan dibungkus dan diserahkan kepada jiran2. Selebihnya mungkin dibuang ke longkang.

Jiran2 pula simpan makanan tu di peti sejuk. 3 4 hari terperap. Bila teringat atau terdesak, baru dikeluarkan. Tengok makanan dah seminggu, dah takde selera. Last2 dicampak dalam tong sampah.

Soal pembaziran makanan, rata2 masyarakat kita tak jauh beza dengan para pembesar Arab tadi. Cuma berbeza dari segi cara pembaziran, namun ia tetap berlaku.

Tak percaya? Time lunch korang pegilah ke kedai2 makan, restoran.. Tengok setiap pinggan org yg dah selesai makan. Kira berapa banyak pinggan yg licin tanpa sisa makanan ( tulang ayam tu tak kira la.. apo la ). Masa ceduk nasi dan lauk, macam dah seminggu tak makan.

Jika kita makan berlima dengan member2, sesiapa yg abiskan makanan sampai licin pasti akan dipandang sinis.

"Peerrgghh.. kilat sey.. makcik tu tak payah cuci pinggan ko la, haha.."

Tu yg biasa kita dengar. Jika kita tegur member yg meninggalkan sisa ( kadang2 sisa tu separuh daripada total makanan yg dia ceduk ), dengan selamba member tu bercakap sambil mencungkil gigi,

"Eh biasa la aku makan camni. Ini pun dah paling sikit la aku tinggalkan.."

Ingatlah bro. Jangan kufur nikmat Allah. Kalau Allah dah tarik balik, baru nak nyesal, dah tak guna beb. Rezeki yg kita ada, kongsi2 lah dengan fakir miskin, pondok2 agama, anak2 yatim, madrasah, masjid & surau.. dan jangan lupa ibubapa, adik beradik dan keluarga. Untuk ingatan aku jugak, hehe.

7 comments:

azura said...

Tak percaya? Time lunch korang pegilah ke kedai2 makan, restoran.. Tengok setiap pinggan org yg dah selesai makan. Kira berapa banyak pinggan yg licin tanpa sisa makanan (tulang ayam tu tak kira la.. apo la). Masa ceduk nasi dan lauk, macam dah seminggu tak makan.

-----------------------------------

tiba2 hati tersentuh dgn ayat di atas...
terima kasih kerana mengingatkan..
selepas ini saya akan pastikan anak2 saya menghabiskan setiap makanan yg dihidang...
setiap butir nasi sangat berharga utk seorang kanak2 Somalia..

SuperSyok Team said...

Kalau dengan anak2, org2 tua dulu selalu ingatkan, makan jangan sepah2, makan sampai habis.. kalau tak nanti nasi tu nangis.

Hehe.

Hanz_Azdi said...

hmm.. aku terima seadanya nasihat tuan/puan pasal kufur nikmat tu. Terima kasih atas kesudian & peringatan tu.

Cuma lagi, marilah kita sama-sama basmi kemiskinan di keliling kejiranan kita dulu...moga-2 rezeki kita dapat tu dipanjangkan kpd yg lebih memerlukan makanan. Tambahan pula dia tu adik beradik kita, sepupu sepapat atau apa jua yg ada kena mengena dgn ada hubungan-kait kekeluargaan dgn kita. Sambil-3 bolehlah kita derna/sedekah kpd mana-2 badan yg prihatin dlm menyampaikan bantuan kemanusiaan ke seluruh dunia spt. Muslim Aid dsb.

SuperSyok Team said...

Btol tu Hanz..

Sabda Nabi SAW yg bermaksud :

" Sedekah kepada org miskin terhitung pahala 1 sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala menyambung silaturrahim "
( Hadith riwayat Ahmad )

zulhaizal said...

syahdu ku melihat mangsa2 kebuluran di atas...paling menyedihkan sang anak yg cuba menyusu dari badan ibunya sedangkan ibunya sendiri dah tidak berdaya tiada makanan....aku bersyukur dilahirkan dengan cukup makan,cukup pakai,cukup semuanya......

brat2104 said...

alhamdulillah aku rasa aku antara org yang sentiasa habiskan makanan di pinggan. memang tak tergamak bila fikirkan ramai yg xdpt makan, aku lak boleh membazir2..

paling selalu boleh tengok kalau buffet.. takut sangat org habiskan makanan.. hurmm..

Cikgu Misha said...

mintak izin share..tq