Fans

Thursday, February 25, 2010

Buaya Nil yang kamceng dengan African..

Oleh : SuperSyok Team

Reptilia 'cicak gergasi' ini amat ditakuti ramai. Haiwan pra-sejarah yg terkenal dengan sifat ganas, kuat dan tangkas ini sering menghantui penduduk2 yg menetap di tebing2 sungai mahupun yg menjadikan sungai sebagai jalan pengangkutan atau sumber rezeki.



Buaya Nil adalah sejenis buaya yg banyak membiak di Afrika dan Asia. Ia boleh membesar hingga 20 kaki panjang ( lebih kurang 7 meter ).



Sikit masa dulu, seorang pegawai veterinar Taiwan pernah putus tangan kiri selepas diragut seekor buaya Nil sangkar yg sedang dirawatnya. Namun, berlainan pula cerita di sebuah perkampungan di Afrika.



Mercu tanda sebuah perkampungan manusia + buaya di Ouagodougou, Barat Afrika.



Di sini manusia dan buaya Nil hidup bersama. Makan sepinggan, tidur sebantal, mandi segayung.. Hehe.



Dengan ayam kampung pun buaya ni boleh bawak bergurau. Hehe..



Errkk.. dik, mak ko tak marah ke ko main kuda2 dengan buaya nih?



Pehhh.. aku dah tak boleh nak kata apa dah.. Siap boleh main air lagi tu.



Uncle ni siap boleh gula2kan aje buaya tuh dengan bangkai ayam. Dah macam main acah2 kucing dengan batang lidi la pulak..



Kuat pulak buaya Nil tu melompat ye. Memang jenis tulang temulang besi ni. Ekornya yg tebal dan keras tu pun boleh pecahkan dinding sampan, apalah sangat melompat macam tu.



Uncle tu terpaksa mengalah demi mengelakkan kakinya pulak jadi korban.



Ni kalau pawang buaya nampak ni, mesti tabik spring punye la kat uncle nih. Hehe.

600 tahun lampau, penduduk tempatan mengamalkan upacara korban kepada buaya Nil. Biasanya diorang akan korbankan ayam kampung. Diorang percaya yg kehadiran buaya Nil ni akan membawa hujan, dan ketiadaan buaya ni akan menyebabkan kemarau dan kebuluran.

Hari ni, selepas 600 tahun, buaya Nil mungkin dah tak bawak hujan lagi, tapi bawak beribu2 pelancong dari seluruh negara, yg pastinya membawa rezeki melimpah ruah buat mereka. Masyuukkk beb... :-)

2 comments:

chocolatemylife.blogspot.com said...

macam2... pelek sgguh dorg nie

qaseh mutiara said...

manusia,haiwan,dan tumbuhan menumpang teduh yang sama..jika saling menghormati pasti tiada sengketa antaranya..