Fans

Thursday, February 25, 2010

Korang tau tak? ( 4 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Tikus mondok boleh menggali terowong sepanjang 300 kaki dalam masa 1 malam sahaja.

2. Badak berupaya membuka mulutnya sehingga boleh memuatkan kanak2 setinggi 4 kaki.

3. Gajah memerlukan 250 kg sayuran dan 200 liter air sehari. Belalainya boleh menyimpan air sebanyak 9 liter pada satu2 masa.

4. Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

5. Lipas masih boleh hidup selama beberapa minggu walaupun kepalanya ditanggalkan.

6. Seekor ulat sutera dapat menghasilkan benang sepanjang 1000 meter.

7. Kea adalah sejenis burung yang boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh, iaitu amat gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling cermin tingkap kereta.

8. Spesis ular laut memiliki bisa 10 kali ganda lebih kuat berbanding bisa ular tedung selar. Pada 1932, sekumpulan besar ular2 laut berbisa telah dilihat berkumpul di Selat Melaka. Perhimpunan ular2 itu mencapai 10 kaki lebar dan memanjang 70 batu. Apakah agaknya nasib kita kalau terjatuh ke dalam himpunan ular2 tu? Eerrkkk....

9. Ikan lumba2 tidur dengan sebelah mata terbuka.

10. Unta memiliki 3 kelopak mata untuk melindungi matanya semasa ribut pasir.

No comments: