Fans

Thursday, June 3, 2010

Proses Penciptaan Manusia..

Oleh : SuperSyok Team

Lennart Nilsson dilahirkan pada 22 Ogos 1922 di Strangnas, Sweden. Beliau adalah seorang saintis dan jurugambar profesional. Menariknya, beliau ialah perintis kepada fotografi perubatan.


Hasil kerjanya yang paling popular dan mendapat tumpuan dunia ialah 'A Child Born'. Buku yang diterbitkan pada 1965 itu telah berjaya dijual sebanyak 8 juta unit dalam tempoh 4 hari sahaja selepas penerbitan.

Wednesday, June 2, 2010

Tesco disaman lagi..


1 JUN 2010 - Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu. [ ..baca selanjutnya.. ]

Tuesday, June 1, 2010

Hati-hati membeli Jeli..

Oleh : SuperSyok Team

Sejak akhir-akhir ini, makanan ringan amat popular di kalangan masyarakat kita. Dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.


Malah kalau ada majlis perkahwinan, kenduri tahlil, open house, majlis potong jambul, majlis hari jadi dan sebagainya, makanan ringan ( junk food, snack ) menjadi pilihan utama untuk diberikan kepada para tetamu dalam bungkusan-bungkusan kecil untuk dibawa pulang.

Selain ianya murah, ianya juga mudah dan express.



Makanan ringan ini termasuklah jeli. Kalau zaman bebudak dulu dipanggil 'sumi'.

Namun, sejauh mana tahap keprihatinan kita terhadap kandungan bahan makanan ini dan kaedah pengilangan pihak pengeluar, terutamanya pengilang-pengilang dari negara luar.

Friday, May 28, 2010

Korang tau tak? ( 17 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Sebuah rumah yang dinamakan The Knole memiliki 365 buah bilik – sebuah bilik untuk setiap malam selama setahun. Ia terletak di Sevenoaks, Kent, England. Ia direkodkan sebagai rumah yang mempunyai bilik terbanyak di dunia. Rumah itu mula dibina pada 1456 oleh Thomas Bourchier, seorang bangsawan dari Cantebury. Penghuni terakhirnya ialah Earl Dorset Pertama. Sejak itu rumah tersebut dikosongkan hingga ke hari ini. Segala urusan penyelenggaraannya bagi memastikan ia terus kukuh dikendalikan oleh Badan Amanah Kebangsaan Britain.

2. Bunga tahi ayam mengandungi Fototoksik (racun yang bertindak dalam cahaya) iaitu Alfatertnienyl. Bahan ini jika dilarutkan dalam air akan dapat membunuh larva nyamuk dalam masa 3 jam. Ia satu-satunya tumbuhan yang mempunyai bahan racun serangga.

Thursday, May 27, 2010

Mana dapat tu Kak Mon?

Oleh : SuperSyok Team


P E R I K E M A N U S I A A N..

Mengapa perkataan di atas mengambil perkataan 'manusia' sebagai kata akar?

Tuesday, May 25, 2010

Sami solat berjemaah di masjid..

Oleh : SuperSyok Team

Solat adalah perkara sulung yang akan disemak di hari pembalasan kelak. Solat juga adalah aset yang tak ternilai harganya yang diwariskan Rasulullah SAW kepada umatnya. Solatlah yang membezakan antara Muslim dengan kafir.


Menyebut tentang solat, kami ingin berkongsi emel yang telah dikirimkan seorang pembaca SuperSyok. Situasi ini khabarnya berlaku di Perak pada awal 2009. Kisah 2 orang bekas sami Buddha yang telah memeluk Islam dan bersolat bersama jemaah masjid.

Monday, May 24, 2010

Seni Jalanan..

Oleh : SuperSyok Team

Seni adalah sesuatu yang subjektif, abstrak dan infiniti. Lukisan adalah salah satu cabang seni yang unik dan menarik. Dari lukisan, ia boleh menggambarkan perasaan dan emosi.


Jika ada insan yang mampu menunjukkan bakat melukis dengan hanya menggunakan habuk-habuk pada cermin kenderaan, kali ini kita lihat pula bakat seni yang cuba ditonjolkan oleh segelintir penduduk UK. Kali ini yang menjadi mangsa ialah tembok-tembok bata dan dinding bangunan.. :-)

Saturday, May 22, 2010

Kem tentera kanak-kanak di Ansan, Korea..

Oleh : SuperSyok Team

Di Malaysia, program latihan khidmat negara ( PLKN ) diwajibkan ke atas sebilangan remaja yang berusia 18 tahun ke atas. Latihan dijalankan selama 3 bulan.


Di Singapura, program yang sama telah dilaksanakan sejak 1971. Rakyat yang berusia 18 tahun ke atas akan diwajibkan menghadiri National Service selama 2 tahun.

Sementara di Korea Selatan, latihan fizikal ala tentera telah didedahkan kepada rakyatnya bermula usia serendah 7 tahun!

Tuesday, May 18, 2010

Cody McCasland; kanak-kanak hebat..

Oleh : SuperSyok Team

Cuba lihat gambar bayi di bawah. Pada pandangan mata kasar, bayi ni nampak normal, sihat dan cukup sifat.


Hakikatnya, bayi ini adalah bayi pra-matang. Dia terpaksa dilahirkan pada minggu ke 34, iaitu 6 minggu lebih awal dari tempoh kelahiran normal. Ibunya terpaksa dibedah selepas berlakunya komplikasi pada kandungan.


Namun hari ini, selepas 9 tahun berlalu, dia telah menjadi ikon unggul golongan Orang Kurang Upaya (OKU), walaupun ia hanyalah seorang kanak-kanak. Siapakah kanak-kanak istimewa ini?

Monday, May 17, 2010

Rencam Dunia ( 3 )

Oleh : SuperSyok Team

"Betul boss.. saya tak tipu. Keta saya tenggelam dalam lobang besar
kat Jalan Bangsar. Ni kren baru sampai nak angkat keta saya"

"Oh ye ke.. You're fired!!! Aku dah muak dengan alasan ko!"

Saturday, May 15, 2010

Korang tau tak? ( 16 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Setiap suntikan maut ke atas penjenayah yang menjalani hukuman mati mengandungi 3 jenis bahan kimia. Pertama; Sodium Thiopental, yang menyebabkan penjenayah tidur lena. Kedua; Pancuronium Bromide, mengakibatkan seluruh otot hilang fungsi. Dan yang ketiga; Potassium Chloride yang akan menghentikan terus degupan jantung.

2. Walaupun kisah percintaan Romeo dan Juliet telah lama berlalu, namun setiap kali tiba Hari Valentine, Juliet akan menerima lebih 1,000 pucuk surat cinta dari serata dunia. Surat-surat itu hanya dialamatkan kepada Juliet di Verona, Itali tempat asal gadis itu.

Friday, May 14, 2010

Latihan musim sejuk tentera Korea Selatan..

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah paparkan sesi latihan komando Thailand. Kali ini kami ingin berkongsi sesi latihan tentera khas Korea Selatan pada musim sejuk.


Setiap tahun, tentera khas Korea Selatan akan mengikuti latihan musim sejuk. Ini bertujuan menguatkan minda dan fizikal mereka dalam memastikan cuaca sejuk tak mampu menjejaskan ketahanan setiap anggota tenteranya.

Thursday, May 13, 2010

Pengangkutan Pelik ( 4 )

Oleh : SuperSyok Team

Pehh.. kalau gini ambulannya, elok la bela kuda sendiri.

Wednesday, May 12, 2010

Seni Habuk..

Oleh : SuperSyok Team

Tidak semua insan dianugerahkan bakat melukis..


Pelukis berbakat umpama memiliki tangan emas.. yang mampu 'mencetak' objek realiti di atas sekeping kertas.

Kali ini kami perkenalkan seorang insan yang sangat berbakat dalam bidang lukisan. Namun, hasil seninya tidak dilakarkan pada sekeping kertas, tetapi pada cermin kereta yang penuh debu dan berhabuk.

Tuesday, May 11, 2010

Retriever ; motosikal penunda..

Oleh : SuperSyok Team

Kalau berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan di jalanraya, kita akan nampak berpusu-pusu trak penunda tiba untuk menarik kenderaan yang rosak ke bengkel.


Itu rutin yang berlaku dalam negara kita. Tapi pernahkah kita melihat motosikal mengambil alih tugas trak tunda tu, iaitu menunda kenderaan?



Di negara kita, mungkin tak pernah. Tapi di beberapa buah negara lain, kemudahan ini telah lama beroperasi. Ya, motosikal menarik motokar.. :-)

Monday, May 10, 2010

Tong sampah sisa elektronik di China..

Oleh : SuperSyok Team

Hari ni zaman IT. Setiap hari akan lahir produk / model terbaru alat2 elektronik, alat telekomunikasi, perkakasan komputer dsb. Hari ni harganya tinggi. Bulan depan harganya turun sebab kelahiran model baru.


Dulu komputer desktop menjadi pilihan ramai. Hari ni hanya pejabat2 je yang masih pakai komputer jenis ni. Tu pun banyak yang dah guna monitor jenis LCD. Monitor besar gedabak dah tak musim beb.. Hehe...


Namun sedarkah kita, di mana letaknya berjuta2 monitor lama tu setelah kewujudan monitor LCD atau laptop?

Saturday, May 8, 2010

Jom beriklan bersama SuperSyok!

Terima kasih kepada seluruh Followers, peminat, pengunjung setia dan pelawat SuperSyok. Tanpa korang, sapelah kami.

Atas permintaan ramai, sukacita dimaklumkan bahawa kami telah bersedia untuk membuka ruang iklan dalam blog ini.. :-)

Korang tau tak? ( 15 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Beberapa tahun lalu, sebuah bas membawa 20 orang pesakit mental ke hospital mental Bulawayo, Zimbabwe. Tiba di sebuah pekan, pemandu bas berhenti minum di sebuah bar. Apabila kembali ke basnya, kesemua pesakit mental telah melarikan diri. Pemandu itu mendapat satu idea. Dia ke hentian bas berhampiran dan menawarkan khidmat bas percuma. Penumpang yang berebut naik itu dihantarnya ke hospital mental menggantikan pesakit yang melarikan diri. Rahsia itu hanya terbongkar setelah 3 hari.

2. Siapa tahu di sebalik kegersangan padang pasir Arab Saudi, ia menyimpan pelbagai galian berharga. Di perutnya dianggarkan tersimpan 777 kilometer persegi lombong perak, 7,770 kilometer persegi bijih besi, 12,950 kilometer persegi tembaga dan 12,950 kilometer persegi kawasan emas.

Friday, May 7, 2010

Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg.. :-)

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah berkongsi fakta menarik dalam slot Korang tau tak? (8) mengenai sebuah tasik yang bernama Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg. Haa, camne nak sebut tu.. huhu....


Tasik Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg terletak di Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Ia membawa maksud 'ko mancing kat sebelah sana, aku mancing kat sebelah sini, takde sape mancing kat tengah2'. Haha.. camne tu pun boleh jadi nama ke.. :-D

Thursday, May 6, 2010

Faces of Death..

Oleh : SuperSyok Team

Kita sering didedahkan dengan kematian, samada melalui bacaan, pemerhatian mahupun pengalaman sendiri. Dari sudut positif, ia sangat digalakkan dalam melahirkan keinsafan dalam hati dan diri kita supaya sentiasa menyedari kedudukan kita sebagai hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Namun adakala hati ini degil untuk menafsir dan menginsafi akan setiap sunnah alam. Maka ditunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit petanda dan bukti kebesaran Allah serta kebenaran setiap janjiNya.

Tuesday, May 4, 2010

Perkampungan gua batu Cappadocian, Turki

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah paparkan kisah perkampungan Troglodyte ( rumah gua zaman purbakala ) di Iran yang telah berusia lebih 700 tahun.


Di negara Turki, sebuah perkampungan yang sama turut ditemui. Di sebuah daerah bernama Cappadocian, perkampungan Troglodyte dilihat masih kukuh binaannya.

Monday, May 3, 2010

Perjuangan Ilmu - Kg. Gulucan, Sichuan..

Oleh : SuperSyok Team

Sepertimana di Rio Negro dan Yunnan, satu lagi tempat yang ingin kami kongsi bersama para pembaca blog SuperSyok.. sebuah kawasan pedalaman yang terletak di pergunungan Sichuan, China.. yang pasti meruntun keinsafan di hati kita.


Sekolah Asas Kampung Gulucan, terletak di daerah Sichuan, menyimpan 1001 kisah perjuangan penuntut dan pendidiknya yang komited memperbaiki taraf hidup mereka.

Sunday, May 2, 2010

Let's the pictures speak.. :-)

Oleh : SuperSyok Team

Berat pulak jari nak menaip hari ni. Biar gambar je la yg berkata2.. :-P

Saturday, May 1, 2010

Korang tau tak? ( 14 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Pada 13 Februari 1746, seorang lelaki Perancis, Jean Marie Dunbarry dihukum gantung atas kesalahan membunuh bapanya. 100 tahun kemudian, pada tarikh yang sama iaitu 13 Februari 1846, cicitnya pula, yang juga bernama Jean Marie Dunbarry telah dihukum gantung atas kesalahan yang sama iaitu membunuh cucunya (bapa kepada cicitnya).

2. Perlawanan gusti paling hebat dalam sejarah adalah di antara William Muldoon ‘The Solid Man’ dengan Clarence Whistler ‘Kansas Demon’ di New York pada 1880. Mereka bertarung tanpa henti selama 9 jam 38 minit sehingga kedua-duanya rebah kepenatan.

Friday, April 30, 2010

Rencam Dunia ( 2 )

Oleh : SuperSyok Team

"Eh, nape kulit awak putih ha? Awak terjatuh
dalam tong cat undercoat eh? Hehe.."

"Tapi nape kulit awak hitam? Awak kena jemur bawah
matahari sebab kencing merata kan? Ngeee..."

Thursday, April 29, 2010

Sehidup Semati..

Oleh : SuperSyok Team


i lap u.. u lap me..

i tak nak idop tanpa u.. jom la kita mati bersama.. huhuhuhu.......

Rambut berus Kaligrafi..

Oleh : SuperSyok Team


Khat kaligrafi ditulis menggunakan berus buluh khas yg akan menentukan hasil tulisan mengikut kepakaran dan kemahiran si penulis.

Tapi ada sebuah tempat di China, manusia digunakan sebagai alat tulis pengganti berus untuk menulis kaligrafi. Hmm.. dah takde keje lain gamaknya..

Wednesday, April 28, 2010

Perkampungan gua batu di Iran..

Oleh : SuperSyok Team

Kalau tanya pada bebudak kecik sekarang, tak ramai yg kenal kartun Flintstones. Tapi kalau tanya bapak bebudak sekarang, mesti ramai yg kenal gile kartun ni.


Dalam kartun Flintstones, kita tengok orang zaman purba tinggal dalam gua2 batu. Itu realiti, malah hingga hari ini, gua2 batu yg pernah didiami generasi terdahulu masih kekal strukturnya. Ada rumah2 ini yg masih didiami oleh generasi sekarang, malah ada yg disewa dan dijual.

Tuesday, April 27, 2010

Perjuangan Ilmu - Yunnan, China..

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah paparkan kisah kesukaran pelajar2 di Rio Negro, Colombia yg terpaksa melungsur kabel keluli melintasi sungai, lembah dan bukit semata2 untuk ke sekolah.


Di sebuah kawasan pedalaman di daerah Yunnan, China, nasib yg sama juga menimpa pelajar2 di situ. Perjuangan ilmu membara dalam setiap tubuh kanak2 kecil ini.

Monday, April 26, 2010

Pengangkutan Pelik ( 2 )

Oleh : SuperSyok Team

Rawatan bekam tepi jalan di China..

Oleh : SuperSyok Team

Sepertimana di Malaysia, rawatan tradisional juga popular di negara China. Malah perubatan tradisional China juga telah memasuki banyak benua dan negara sebagai salah satu perubatan alternatif yg popular dan menjadi pilihan berbilang bangsa.



Di China, khidmat rawatan perubatan tradisional biasanya dijalankan di tepi2 jalan dalam pekan yg menjadi tumpuan ramai. Tanpa bangunan kedai atau rumah, khidmat rawatan ini dijalankan secara terbuka, sekaligus menarik perhatian ramai untuk menyaksikan sendiri kaedah rawatan tersebut.

Saturday, April 24, 2010

Korang tau tak? ( 13 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Zoologist mengenalpasti Chimpanzee adalah haiwan yang paling cerdik. Ia diikuti Gorilla, Orang Utan, Baboon dan lain-lain keluarga beruk. Anjing, kuda dan gajah turut dikategorikan sebagai haiwan cerdik. Sementara di laut, ikan lumba-lumba mendahuluinya diikuti oleh paus gigi kecil. Jika menerima latihan yang betul, kesemua haiwan tersebut dapat melakukan sesuatu mengikut arahan yang diberi.

2. Belalang dan cengkerik tidak mempunyai telinga. Belalang mendengar melalui abdomennya sementara cengkerik melalui kaki hadapannya. Di kedua-dua bahagian badannya itu terdapat rerambut yang berfungsi seperti sesungut pada serangga lain.

Friday, April 23, 2010

Saat-saat yg mendebarkan..

Oleh : SuperSyok Team

Pernahkah korang mengalami saat2 yg mendebarkan.. yg mencemaskan?


Jika Ya, apakah ia berakhir dengan baik.. atau tragedi? Gulp..

"Encik memang bernasib baik.."

Oleh : SuperSyok Team

Suatu hari, berlaku kemalangan kat Bukit Easter. Sebuah pick-up 4WD gagal mengawal kenderaan lalu merempuh penghadang besi sisi jalan.

Pemandu pick-up keluar dari kenderaannya yg dah tersadai tepi jalan dan mengamuk menengking sorang Sherif yg menghampirinya, secara kebetulan melalui jalan tu.



"JKR buat penghadang besi pakai tin milo ke? Keta aku bawak 60 km/j pun tak boleh hadang. Kan dah terbabas keta aku! #@%^$&* btol la!"

Thursday, April 22, 2010

Masjid dipelihara Allah di Acheh..

Oleh : SuperSyok Team

26 Disember 2004, tarikh yg masih segar dalam ingatan sebahagian daripada penduduk dunia, terutama sekali mangsa2 tragedi Tsunami yg telah melanda beberapa buah negara Asia.



Di sebalik tragedi yg menakutkan dan menyedihkan itu, terselit iktibar dan ingatan dari Yg Maha Mencipta lagi Maha Berkuasa. Ingatan buat Muslim yg alpa.. Hidayah buat non Muslim yg masih mencari2..

Wednesday, April 21, 2010

Buruh kanak2 di Bangladesh..

Oleh : SuperSyok Team

Berdasarkan maklumat dari International Labor Organization (ILO), terdapat sebanyak 4.9 juta pekerja kanak2 berumur dalam lingkungan 5-14 tahun di Bangladesh, bersamaan dengan 36.4% dari jumlah keseluruhan kanak2 yg berada di negara itu.



Mereka menjadi tumpuan kebanyakan majikan kerana boleh dibayar dengan gaji yg rendah, sedangkan kemampuan dan kualiti kerja mereka tak jauh beza dari hasil kerja pekerja dewasa.

Tuesday, April 20, 2010

Pengangkutan Pelik ( 1 )

Oleh : SuperSyok Team

Pepatah menyebut, "banyak orang banyak ragam". Kadang2 ragam2 inilah yg mencuit dan menghiburkan hati kita. Ragam mencorakkan lagi warna warni kehidupan :-)

Monday, April 19, 2010

Perjuangan Ilmu - Rio Negro, Colombia..

Oleh : SuperSyok Team

Ada satu tempat, kawasan pedalaman di Sungai Rio Negro, terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara Colombia, Bogota.


Uniknya, kawasan pedalaman ni tak memiliki laluan perhubungan darat mahupun laluan air. Sebaliknya, seluruh penduduk di sini menggunakan rentangan kabel keluli sebagai satu2nya akses ke dunia luar. Hmm.. macam mana tu?

Friday, April 16, 2010

Bas Sekolah di India..

Oleh : SuperSyok Team

Pelajar sekolah di Malaysia syok. Pegi sekolah naik bas aircond, seat kusyen empuk sorang satu.. selesa, sejuk dan dingin sampai terlena..



Tapi rakan sejawat mereka di Delhi, India berbeza....



Inilah 'bas sekolah' yg menjadi pengangkutan utama pelajar2 di Delhi.

Thursday, April 15, 2010

Kejayaan US ke atas Iraq ( 5 )

Oleh : SuperSyok Team

Kemenangan masih jauh, korban makin meningkat. Namun serakah sang penguasa masih bermaharajalela.. masih enggan tunduk dan mengalah.

Wednesday, April 14, 2010

Rencam Dunia ( 1 )

Oleh : SuperSyok Team

Ragam manusia dan rencam dunia mewarnakan lagi corak dalam kehidupan :-)


Mana satu pilihan korang?

Tuesday, April 13, 2010

Kem Gajah Maesa, Thailand..

Oleh : SuperSyok Team

Kalau ke Thailand, kami pernah recommend korang melawat Temple Tiger a.k.a Wat Pha Luang Ta Bua di Kanchanaburi untuk menyaksikan malah mengalami sendiri pengalaman hubungan mesra antara harimau dengan manusia.

Kali ni kami nak recommend korang singgah di Maesa Elephant Camp, Chiang Mai untuk menyaksikan kecerdikan seekor haiwan bernama Gajah :-)



Apa yg menariknya Maesa Elephant Camp ni?

Sunday, April 11, 2010

Aksi murid sekolah menempah maut..

Oleh : SuperSyok Team

Sepertimana pendidikan anak yg menjadi tanggungjawab bersama ibubapa dan guru, keselamatan anak semasa ke sekolah dan pulang ke rumah juga menjadi tanggungjawab ibubapa dan pihak perkhidmatan bas sekolah.



Namun masih ada pihak bas sekolah yg masih memandang remeh nyawa anak2 sekolah ini. Persoalannya, adakah ibubapa mereka tahu?

Saturday, April 10, 2010

Avatar Hallelujah at China..

Oleh : SuperSyok Team

Korang dah tengok filem Avatar? Syok kan? Hehehe...



Antara magnet dalam filem Avatar yg berjaya menarik penonton hingga memecahkan panggung ialah lokasi penggambarannya. Suasana dan pemandangan hutan di bulan Pandora yg indah lagi damai mengujakan lagi penonton di seluruh dunia.

Namun, percayakah korang yg lokasi shooting di bulan Pandora yg indah gile tu sebenarnya ialah sebuah kawasan hutan di negara China?

Friday, April 9, 2010

Event in the Sky..

Oleh : SuperSyok Team

Pernahkah korang mengimpikan saat indah menikmati hidangan istimewa sambil menikmati pemandangan permai di sekeliling korang?

Malah lebih syok jika korang berada di tempat yg tinggi di tengah2 bandaraya yg takde langsung bukit atau tanah tinggi.



Di Belgium dan tak mustahil di tempat korang, impian ini boleh menjadi kenyataan.. :-)

Thursday, April 8, 2010

Taman Harimau Siberia Harbin ( 2 )

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah paparkan pertunjukan sadis dari tembok Taman Harimau Siberia Harbin, China.


Harimau VS Lembu. Perrgghhh....
Bagaimana pula kalau Harimau VS Ayam? Errkk..

Wednesday, April 7, 2010

Kejayaan US ke atas Iraq ( 4 )

Oleh : SuperSyok Team

Allah lumpuhkan mereka kerana mereka menceroboh tanah Muslim dan rumah2 Allah dengan penuh biadab.