Fans

Wednesday, March 10, 2010

Korang tau tak? ( 8 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Taman Safari di Afrika melarang pekerjanya memakai pakaian berwarna putih semasa menjalankan tugas kerana bimbang menakutkan haiwan di situ. Selama ini, semua binatang diajar mengenali warna putih yg menandakan bahaya.

2. Tasik ‘Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg’ di Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat mungkin nama paling panjang di dunia. Ia membawa maksud ‘anda memancing di sebelah sana, saya memancing di sebelah sini, tidak ada siapa memancing di tengah2.

3. Nama Los Angeles di Amerika adalah singkatan daripada El Pueblo de Nuestro Senora la Reina de los Angeles de Ponciuncula.

4. Nama Bangkok di Thailand disebut sebagai ‘Krung Thep’ ( dalam bahasa Thai ) yg merupakan singkatan daripada Krung thep mahanakjon bovorn ratanakosin mahintharayutthaya mahadilok pop nopatatratchathani buririom udomratchanivetma hasathan amornpiman avatarnsa thit sakkathattiyavisnukarmprasit. Ia mempunyai 167 huruf menjadikan ia sebagai nama bandar terpanjang di dunia.

5. Bendera negara Denmark merupakan bendera paling lama digunakan di dunia dimana ia telah tercipta 700 tahun yang lalu.

6. Amerika Syarikat membeli Alaska daripada Russia dengan harga 2 sen sehektar.

7. Jalan Monunental Axis di Brazil merupakan jalan raya paling lebar di dunia. Ia boleh memuatkan 160 buah kereta sebelah menyebelah melaluinya pada satu masa.

8. Bandar Tidikelt di Gurun Sahara menerima hujan setiap 10 tahun sekali.

9. Dalam 365 hari ( 1 tahun ), bandar Tororo di Uganda dilanda ribut sebanyak 251 hari.

10. Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

No comments: