Fans

Friday, March 12, 2010

Kejayaan US ke atas Iraq ( 1 )

Oleh : SuperSyok Team

Usia pencerobohan US ke atas Iraq telah mencecah 8 tahun. Sehingga hari ni agenda keamanan dan misi pembebasan yg dicanangkan oleh US masih menjadi angan2. Realitinya, makin hari makin banyak nyawa rakyat Iraq melayang.

Selama 8 tahun, kerajaan US telah memperjudikan nyawa ribuan tentera2 mereka demi merealisasikan hasrat serakah mereka. Apakah ini kebanggaan yg tentera2 ini idamkan ketika menceburi bidang pertahanan ini?

Jawapannya tidak. Kebanyakan mereka tiada pilihan, dipaksa berperang hingga ramai yg tertekan dengan situasi ini. Dipaksa membunuh dan membinasakan. Dipisahkan dari ibubapa dan anak isteri dalam tempoh yg lama, hingga hancur rumahtangga apabila pasangan berlaku curang. Akhirnya ramai yg mengalami tekanan mental hingga sanggup membunuh diri dan rakan anggota, ada yg terus menjadi gila.

Tak kurang malangnya bagi tentera yg tercedera akibat peperangan tetapi masih hidup. Kebanyakan mereka mengalami kecacatan fizikal yg kekal, kudung, tempang, buta, pekak, bisu dan hilang upaya tubuh.

Inilah harga yg rakyat US harus bayar akibat sikap tamak pemerintah mereka. Mungkin ini kejayaan yg ingin dijelmakan oleh US di atas pencerobohan ini.













2 comments:

Hanz_Azdi said...

Rakyat USA pun sebenarnya mudah diperbodohkan oleh President & politikus mereka...Yang pandai pun diam saja sebab mereka sendiri dapat 'habuan' dr projek, kononnyaa, nak serang 'pengganas' (War on terrorists?) & jaja demokrasi di Iraq, Vietnam, Afghanistan etc.

Obama ke G. Bush ke Clinton ke semua sama polisi luar negara kalau boleh serang negara orang yg ada hasil kekayaan...spt Afghanistan...Konon polis dunia..hell! Penjajah New World Order!

Nasib baik Malaysia tak kuat mcm USA dlm ketenteraan & warfare industry...hehe..kalau tak Najib mau rakyat setuju dengannya nak serang & jajah Singapura, Brunei tu kononnya sana tempat pengganas.

SuperSyok Team said...

Thanx bro. Hanz

Dalam beberapa aspek, kita wajar mencontohi beberapa sikap positif rakyat US.

Dari aspek sikap 'berani berubah', rakyat US nampaknya mendahului kita.

Mereka berani menyepak tepi sentimen warna kulit dalam memilih Presiden, demi menyatakan pendirian kemanusiaan mereka dalam isu Iraq & Afghanistan, walaupun mereka tahu belum tentu Obama akan menghantar pulang tentera US dari Iraq & Afghanistan, tapi yg pasti Bush telah gagal.

Pada mereka, harapan kepada Obama jauh lebih baik daripada memilih Bush semula. Atas nama humanity, mereka sepakat merubah sejarah US dengan memilih si kulit hitam.

Soal balik kepada kita, beranikah kita berubah demi masa depan generasi mendatang?

Hanz, ko study kat US ke dulu? Mungkin ko lebih faham attitude & mentaliti mereka :-)