Fans

Friday, March 19, 2010

Apabila Cheetah kekenyangan.....


Org kata kucing tak boleh jumpa dengan anjing. Kalau tak kompem bergaduh. Diumpamakan pulak dengan org yg pantang berjumpa asek nak bertekak aje.



Tapi adakala anjing dan kucing boleh jugak bersemuka dengan relax, bersembang mesra dan bergesel2an tanda kasih sayang sesama haiwan. Kerana mereka dikurniakan nafsu dan emosi, sebab tu ada sifat kasih sayang.

Manusia bukan saje diberi nafsu, malah diberi akal. Tapi kalau langsung takleh berbaik2 dan bermusuhan hingga ke anak cucu, hmm.. nampak gaya lebih teruk dari binatang tu.



Di hutan Afrika, haiwan2 pemangsa seperti singa, harimau, buaya dan cheetah memburu dan menjadikan rusa, zebra, kerbau dan kijang sebagai makanan. Di sini, undang2 rimba berkuatkuasa. Siapa yg kuat dan cerdik, dia lah yg akan survive.

.

Al kisah, pada satu pagi di sebuah hutan di Masai Mara, Kenya.. sekumpulan kijang sedang bergerak ke satu padang ragut. Tetiba diorang terserempak dengan sekumpulan cheetah dari jauh. Aisey, spoil tol la menatang rimau nih...

Nampak gayanya kumpulan kijang ni terpaksa la melaksanakan taktik TLC ( Tunggu, Lihat, Cabut ). Diorang lepak di satu tempat dan perhati cheetah2 tu dari jauh.

.

Biasanya pada awal pagi, cheetah akan pergi berburu. Cheetah perlukan tenaga dan kekuatan yg maksima untuk mengejar rusa, kijang atau anak zirafah.

Cheetah akan kerahkan seluruh tenaganya ketika memburu. Sebab tu lepas je menyantap hasil buruan, cheetah akan terduduk kekenyangan dan keletihan. Tenaganya totally zero. Cheetah akan tunggu hingga ke petang untuk buruan seterusnya.

Haa.. waktu ni lah yg ditunggu2 kumpulan kijang ni. Lepas je diorang nampak cheetah2 tu selesai makan dan sedang melepak, diorang bergerak beramai2 menyeberangi kawasan cheetah tu untuk ke padang ragut. Biasanya cheetah2 yg dah terbarai tu hanya tengokkan aje.

.

Malangnya, tengah2 berlari tu, sekor anak kijang tercicir dari kumpulan tu. Terkedek2 dia berlari, sampai kena tawan dek cheetah tiga bersaudara.



Ya, tiga beradik cheetah ni bukan saje tak membaham anak kijang malang tu, malah siap boleh berlaga pipi lagi. Al maklum perut dah kenyang, badan pun dah letih. Time untuk bermain la pulak.



" Sluurrpp.. sedapnya bau darah ko. Daging pun lembut dan padat. Kita main2 sampai aku lapar balik eh? Hehehe.... "

.

" Ko dok sini diam2 tau. Lagi 2 jam perut aku lapar balik. Masa tu kita main doktor2 nak? Aku jadi doktor bedah, ko jadi pesakit jantung. Hehehe... "

Pemangsa dengan lauk pun boleh berkasih sayang bro. Binatang tu. Sepatutnya kita yg diberi akal ni lebih la lagi kan? :-)

No comments: