Fans

Saturday, March 13, 2010

Korang tau tak? ( 9 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Pada 1996, jumlah penduduk Mexico mencapai 95,772,462 orang, menjadikan setiap 1 kilometer persegi buminya dihuni 49 orang. Pehh.. takde privacy langsung, hehe...

2. Bilangan telefon di bandar Tokyo sahaja adalah lebih banyak berbanding bilangan telefon yg terdapat di seluruh Afrika.

3. Menurut laporan Los Angeles Police Department ( LAPD ), statistik bilangan kes jenayah yg berlaku dalam tempoh 24 jam ( 1 hari ) di bandaraya Los Angeles sahaja adalah sama dengan bilangan kes jenayah yang berlaku selama 365 hari ( 1 tahun ) di seluruh Arab Saudi. Hmm.. tu la kelebihan perlaksanaan hukum jenayah dan perundangan Islam.

4. Amerika Syarikat adalah negara yg paling kerap ditimpa bencana alam setiap tahun. Secara purata, 10,000 ribut petir, 5000 banjir, 1000 puting beliung dan beberapa taufan silih berganti melandanya.

5. Negara yg mempunyai kadar kelahiran terendah di dunia ialah Monaco. Sementara negara yg mempunyai kadar kematian terendah di dunia ialah Pulau Krismas.

6. Penduduk asli Papua New Guinea bertutur dalam 700 dialek berlainan menjadikan pulau kecil itu memiliki dialek paling banyak di dunia.

7. Hotel Ritz, sebuah hotel mewah di London mempunyai caranya yg tersendiri untuk memujuk pelangannya yg 'terambil' barang2 hotel ketika tinggal di sana. Hotel itu bukan sahaja memaafkan mereka yg mengambil barang2 hotel dengan sengaja, malah memberikan mereka penginapan percuma hujung minggu di hotel ini. Kesannya banyak barang yg 'hilang' dahulu dipulangkan semula. Pulak.. hehe...

8. Kalau korang suka kepada bau2an wangi, korang patut mohon belajar di Universiti Plymouth, England. Universiti tu ada kursus yg unik di Eropah. Pelajar kursus ni kena pandai menghidu kerana mereka mesti menghidu bau2an bagi mengenal pelbagai jenis bau2an wangi.

9. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud 'tidak'.

10. Di White House terdapat 13,092 set bilah pisau, sudu dan garfu.

No comments: