Fans

Monday, March 8, 2010

Beriani Dhab yg enak lagi berkhasiat.. :-)

Oleh : SuperSyok Team

Kenalkah korang akan haiwan di bawah ni?



Biawak batu? Korang pasti?

Cuba tengok yg ni plak?



Biawak kuning? Biar betol.. mentang2 kaler dia kuning, korang sebat biawak kuning.

Hmm.. cuba try test tengok gambar kat bawah ni dan teka..



Biawak bakul??? Dah la tu, pening kepala wei..

Ni namanya DHAB ( sebutannya 'dhob' ). Org Melayu panggil biawak padang pasir.



Dhab ialah sejenis haiwan yg menyerupai biawak yg hidup di padang pasir. Dhab binatang berdarah sejuk, reptilia yg bertelur. Berbeza dengan biawak Malaysia, dhab adalah binatang herbivor yg hanya makan tumbuh2an atau dipanggil vegetarian.

Usia dhab boleh menjangkau 700 tahun. Ia dikatakan hanya akan kencing 4 tahun sekali dan bertukar jantina pada setiap 2 tahun. Ia mampu bertahan dengan persekitaran habitatnya yg panas dan kering tanpa meminum air.



Masyarakat Arab dah lama tahu khasiat atau kelebihan dengan memakan atau menggunakan apa2 yang diperbuat daripada dhab. Sebab tu binatang ni cuma popular di kalangan org Arab.

Biasanya dhab ni diproses dijadikan minyak. Ada organnya yg dijadikan kapsul.

Ianya dikatakan dapat meningkatkan kecergasan badan luaran dan dalaman, dijadikan ubat perangsang tenaga batin tradisional, mengubati penyakit lenguh2 sendi, memulihkan penyakit lumpuh, menyembuhkan sakit pinggang, jantung dan sesuai dalam bidang urutan.

Memandangkan dhab ni berkhasiat, maka dagingnya dijadikan lauk dalam masakan ruji org Arab.. apalagi kalau bukan nasi beriani!

Di Malaysia, terkenal dengan beriani lembu, kambing atau ayam. Di negara Arab, beriani dhab amat popular dan digemari kerana keenakan dan khasiatnya.

Haha, mesti korang tengah bayangkan sepinggan nasi beriani yg ada sekor biawak di dalamnya. Kah kah kah.....



Sup dhab?


Beriani Dhab yg begitu menyelerakan masyarakat Arab. Tengok ekor dhab yg panjang selebar periuk. Ratah sedap tuh.. Hehe...


Kali ni kami nak ajak korang ke sebuah negara Arab. Kita tengok secara live macam mana org Arab menyediakan masakan istimewa ni dari slot penculikan binatang dhab ni hingga ke sesi penyuapan ke dalam mulut.

Let's join the journey! Hehe....




Acara mengesan dan mengejar dhab.


Kah kah kah.. besar punye!! ( baca ikut intonasi iklan Maggi ).


Ada yg berjaya menyusup masuk ke celah batu.


Yg ni berjaya gak ke? Dah masuk belum tentu selamat beb, hehe....


Hehe, cerdik plak org Arab ni. Dia sumbat selipar dulu dalam lubang rumah dhab ni, baru dikejarnya merata.


Hasil tangkapan.


Dhab disembelih. Nyawa dhab dikatakan sangat liat. Biasanya selepas disembelih, ia terpaksa dibiarkan seharian untuk mati. Mungkin sebab tu khasiatnya tinggi, macam haruan la..


Keempat2 kaki dipotong.




Proses menyiang dan menyiat.


Daging mentah dhab yg telah siap disiang.


Ekor dhab tak dibuang. Cuma dikerat tanpa disiang untuk dimasak.


Daging + ekor.


Boroi bukan sebarang boroi. Ini boroi ada khazanah tersembunyi.


Tu dia.. generasi dan zuriat dhab yg berakhir dalam periuk nasi. 2 kantung dalam perut dhab ni pun dipercayai amat berkhasiat menyembuhkan banyak penyakit. Organ ni pernah dijadikan kapsul.





Proses penyediaan bahan mentah untuk menghasilkan beriani dhab.


Tu dia.. hidangan istimewa telah disiapkan. Jangan segan jangan takut. Takut, lapar! Hehehe....



Nyam nyam.. sedap bro. Tak caye leh try la masa gi sana nanti.


Dhab halal untuk dimakan kerana ianya terbukti melalui hadith Rasullullah SAW. Para sahabat telah memakan dhab, Rasulullah SAW melihatnya tapi baginda tak menghalang atau menegah para sahabat untuk memakannya. Rujukan sumber hukum : Dr. Ishak Suliaman dan Ustaz Farid Rashidi.

Kengkorang yg mungkin ada pengalaman menikmati hidangan ni bolehlah berkongsi rasa dalam blog nih.. Hehe....

9 comments:

Sakinah Aqilah said...

saya pernah makan beriani dhob. masa tu saya study kat Mesir...

saya paling suka daging pada ekornya. manis dan sedap.

tapi makan sekali je lepas tau yg org pempuan x elok makan sebab panas dalam. sistem dalam badan lelaki dgn pempuan x sama. ada makcik Arab tu kata la....

wallahualam

SuperSyok Team said...

Ramai pulak yg kata sedap..

Tak boleh jadi nih. Gi sana nanti mesti pekena sekor dua nih.

Hehehe....

chocolatemylife.blogspot.com said...

uweekss.. nk trmuntah oden, cam mana la dorg boleh telan minatang tu..uweek=(

Kebenaran Islam said...

Best2..kena beli sekor dua ni buat obat..

Mohd Ridhuan dan Keluarga said...

ubat..mesti ubat..

Syamim Kamarudin said...

ade ke dhab besar denesor

Syamim Kamarudin said...

ade ke dhab besar denesor

Syamim Kamarudin said...

ade ke dhab besar denesor

Mohd Amirol Bin Mohd Deran said...

sesiapa yg berminat utk beli dhab hidup sms/call/wassap sy di no 0134469769 area shah alam tq