Fans

Tuesday, March 30, 2010

Berkelah atas Jambatan Putrajaya..

Oleh : SuperSyok Team

Sesekali teringin nak berkelah atas jambatan Putrajaya yg indah permai sambil memerhatikan arus sungai yg tenang.



Err.. ni bukan Jambatan Putrajaya ke? Aisey, admin silap letak tajuk ke silap tepek gambar?

Hehe.. Gambar di atas tu ialah Jambatan Sydney Harbour, yg menjadi ikon kebanggaan rakyat Australia.

Jom kita tengok ape yg ada kat jambatan tu.



Haa.. ape tuh? Tak macam deretan kenderaan pun. Helikopter turun bawah sket..



Pandangan kabur, cameraman terjun atas beam pliz. Tolong zoom dekat sket..



Eh, nampak macam org ramai tengah picnic. Picnic tengah jalan? Biau betoi?! Nak kena gilis treler ke ape?



Tak clear, zoom lagi sket..



Sah, memang sekumpulan manusia sedang leka berkelah, sampai tak sedar cameraman tengah bergayut kat atas jambatan ni. Hehe...



Pada Oktober 2009, kerajaan Australia menganjurkan program bersarapan di atas Jambatan Sydney Harbour. Seramai 6,000 org pengunjung menyertai program sarapan terbesar di dunia tu.



Karpet padang rumput dibentang untuk mewujudkan suasana santai dan picnic. Para pengunjung telah tiba awal pagi untuk menge'cop' port yg baek punye..



Peerrgghh.. serius santai ni.



Para pengunjung membawa bekal buah-buahan, sandwich, jus dan croissant.



150 org sukarelawan penganjur turut mengedarkan roti segar, jem, buah epal dan yogurt kepada para pengunjung secara percuma.



Selama ni jambatan ni dipenuhi dengan ribuan kenderaan setiap hari, dicemari dengan kepulan asap kenderaan dan hiruk pikuk sahutan hon sana sini. Tapi pada hari tu, suasana aman damai dan santai menenangkan seketika tubuh jambatan Sydney Harbour.. :-)

2 comments:

qaseh mutiara said...

woww watla jugak kat putrajaya..

brat2104 said...

yup yup... buat la.. mlm2 leh tgk wayang pacak.. best!