Fans

Saturday, March 6, 2010

Korang tau tak? ( 7 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Mao Tse Tsung tak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh untuk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah untuk membersihkan giginya.

2. Sejak Mei 1983 hingga Mei 1996, Ang Rita Sperpa dari Nepal telah berjaya menakluki puncak Gunung Everest sebanyak 10 kali tanpa menggunakan tabung oksigen.

3. Seorang wazir Islam agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke – 10. Buku2nya yg berjumlah 117,000 buah tu terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yg terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana saja dia pergi.

4. Sebanyak 50,000 patah perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel Gadsby. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu mempunyai huruf ‘e’. Takjub! Hehe...

5. Pencipta telefon, Alexander Graham Bell tak pernah menggunakan telefon untuk menghubungi isteri dan emaknya kerana kedua2nya adalah pekak.

6. Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke – 5 sebelum Masihi meninggal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya sendiri.

7. Seorang lelaki dari Tennessee, Amerika bernama Vera Strong telah mencipta rekod sendawa paling lama di dunia setakat ni dengan bersendawa selama 58 hari tanpa henti.

8. Pada 1959, seorang lelaki bernama Frenchman Michel Lotito memiliki diet pemakanan yg luar biasa. Dia memakan besi dan kaca sejak berumur 9 tahun. Antara makanan kegemarannya ialah televisyen, basikal, peluru, rantai besi dan pisau cukur. Bagi melancarkan sistem penghadamannya, dia terpaksa minum minyak pelincir sebagai menggantikan air. Errkk...

9. Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Itali mempunyai 9350 selekoh bagi pelumbanya.

10. Sebuah syarikat di Taiwan membuat pinggan mangkuk daripada gandum. Jadi korang boleh makan pinggannya sekali. Kalau rajin buatlah lempeng. Hehe....

No comments: