Fans

Monday, May 3, 2010

Perjuangan Ilmu - Kg. Gulucan, Sichuan..

Oleh : SuperSyok Team

Sepertimana di Rio Negro dan Yunnan, satu lagi tempat yang ingin kami kongsi bersama para pembaca blog SuperSyok.. sebuah kawasan pedalaman yang terletak di pergunungan Sichuan, China.. yang pasti meruntun keinsafan di hati kita.


Sekolah Asas Kampung Gulucan, terletak di daerah Sichuan, menyimpan 1001 kisah perjuangan penuntut dan pendidiknya yang komited memperbaiki taraf hidup mereka.



Kampung Gulucan dihuni lebih daripada 60 keluarga petani. Mereka tinggal secara berkumpulan di 6 lokasi yang berasingan dan berjauhan.



Setiap pagi, anak2 mereka akan berjalan menuju ke sekolah untuk menuntut ilmu. Sekolah Asas Kg. Gulucan adalah satu2nya sekolah yang wujud di kawasan pedalaman Sichuan. Ada sesetengah anak2 ini terpaksa berjalan kaki selama 3 jam untuk tiba di sekolah ini.


Dalam perjalanan ke sekolah, mereka akan melalui kebun2 sayur.


Anak2 ini berjalan berkumpulan dengan harapan menggunung,
setinggi puncak gunung yang mereka daki setiap hari.


Tak lama kemudian, mereka akan melalui tebing2 gunung
yang tinggi dan curam. Ketinggiannya mencecah 5000 kaki.






Laluan tebing curam yg terpaksa anak2 ini lalui
setiap hari untuk ke sekolah.





Kuda turut digunakan untuk mengangkut barang ke atas.



Sepanjang perjalanan, ntah berapa kali anak2 ini berhenti
berehat sebelum menyambung perjalanan yang jauh demi
sebuah perjuangan yang murni.



Tiba di sekolah.. bangku luar dipikul untuk kegunaan bilik darjah.


Suasana pembelajaran yang sungguh mengharukan.


Komitmen menggalas harapan ibubapa tercinta.


Setiap pagi, aktiviti senaman diwajibkan ke atas semua pelajar.



Suasana aktiviti pada waktu rehat.



Cikgu Bao, 44, adalah satu2nya guru yang mengajar di Sekolah Asas Kg. Gulucan. Dia mula mengajar di sini ketika berusia 18 tahun. Hampir 26 tahun dia berjasa mendidik anak2 Kg. Gulucan sehingga ada di antara mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej di bandar.

Cikgu Bao jugalah yang membantu membina sekolah ini kepada bangunan konkrit yang memiliki bilik darjah, pejabat, tandas dan gelanggang permainan.

Dengan sumbangan seorang wartawan yang ditemui di situ, sekolah ini akhirnya 'bercahaya'. Sumbangan berbentuk sebuah generator yang digerakkan oleh arus air terjun berdekatan, tenaga elektrik dapat disalurkan ke sekolah ini. Buat pertama kalinya, sekolah ini diterangi dengan lampu elektrik.


Cikgu Bao ( berbaju putih di tengah ) bergambar bersama
sebahagian daripada pelajar2 Sekolah Asas Kg. Gulucan.


Menurut Cikgu Bao, bukan takde sukarelawan berbentuk tenaga pengajar yang menembusi Kg. Gulucan. Ramai.. tapi semuanya tak dapat bertahan lama dengan suasana kehidupan yang serba kekurangan dan sempit di kampung tu. Semuanya tidak kekal, melainkan hanya Cikgu Bao seorang.


Sesi persekolahan tamat pada waktu tengahari.
Mereka melalui laluan yang sama untuk pulang ke rumah.


Segelintir mereka terpaksa menempuhi 3 jam
perjalanan lagi untuk tiba di rumah.



Di rumah, mereka sama2 melaksanakan kerja2 harian.


Menikmati hidangan bersama keluarga.



Dengan jaket sejuk sumbangan pihak tertentu, kanak2 ini begitu riang melangkah kaki ke sekolah. Senyuman mereka mencerminkan keikhlasan hati. Sayu hati melihat kesungguhan dan kecekalan kanak2 ini dalam usaha mencari ilmu.

3 comments:

Ladyengineer said...

bila melihat keadaan anak2 ni insaf saya ..betapa bertuahnya saya..

SuperSyok Team said...

Kanak2 tabah mengharungi rintangan demi menuntut ilmu.

Guru2nya berkorban menolak kesenangan dan keselesaan demi mencurah jasa dan budi mendidik generasi.

Inilah pendidik sejati.. mereka telah diuji dan mereka lulus dalam ujian ini. Moga menjadi inspirasi kepada kita.

qaseh mutiara said...

siyes nak nangis...huhu