Fans

Monday, February 15, 2010

Korang tau tak? ( 1 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Di Bangladesh, kanak – kanak berusia 15 tahun boleh dipenjarakan jika menipu dalam peperiksaan.

2. Dalam secawan kopi, terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.

3. Gempa bumi pada 16 Disember 1811 telah menyebabkan air Sungai Mississippi, Amerika Syarikat mengalir ke arah bertentangan hingga sekarang.

4. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali.

5. Di Warsaw, Poland sebuah parti politik telah ditolak pendaftarannya oleh sebuah mahkamah. Sebabnya mahkamah merasa penaja parti itu tidak waras. Betapa tidak; perlembagaan parti itu menyebut bahawa binatang dan makhluk asing boleh menjadi ahli asalkan ada kad pengenalan.

6. Permainan Yo – Yo yang popular suatu ketika dulu, adalah senjata yang digunakan oleh orang Filipina.

7. Pergaduhan dibenarkan di Paraguay jika kedua – dua pihak yang bertelagah terlebih dahulu mendaftar diri sebagai penderma darah.

8. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama 8 jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

9. Nama bagi kesebelasan pemain pasukan bola sepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, berakhir dengan huruf ‘ov’.

10. Sepanjang hayat, manusia makan purata 60,000 paun makanan iaitu kerana bersamaan dengan berat 6 ekor gajah.

No comments: