Fans

Friday, May 28, 2010

Korang tau tak? ( 17 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Sebuah rumah yang dinamakan The Knole memiliki 365 buah bilik – sebuah bilik untuk setiap malam selama setahun. Ia terletak di Sevenoaks, Kent, England. Ia direkodkan sebagai rumah yang mempunyai bilik terbanyak di dunia. Rumah itu mula dibina pada 1456 oleh Thomas Bourchier, seorang bangsawan dari Cantebury. Penghuni terakhirnya ialah Earl Dorset Pertama. Sejak itu rumah tersebut dikosongkan hingga ke hari ini. Segala urusan penyelenggaraannya bagi memastikan ia terus kukuh dikendalikan oleh Badan Amanah Kebangsaan Britain.

2. Bunga tahi ayam mengandungi Fototoksik (racun yang bertindak dalam cahaya) iaitu Alfatertnienyl. Bahan ini jika dilarutkan dalam air akan dapat membunuh larva nyamuk dalam masa 3 jam. Ia satu-satunya tumbuhan yang mempunyai bahan racun serangga.

Thursday, May 27, 2010

Mana dapat tu Kak Mon?

Oleh : SuperSyok Team


P E R I K E M A N U S I A A N..

Mengapa perkataan di atas mengambil perkataan 'manusia' sebagai kata akar?

Tuesday, May 25, 2010

Sami solat berjemaah di masjid..

Oleh : SuperSyok Team

Solat adalah perkara sulung yang akan disemak di hari pembalasan kelak. Solat juga adalah aset yang tak ternilai harganya yang diwariskan Rasulullah SAW kepada umatnya. Solatlah yang membezakan antara Muslim dengan kafir.


Menyebut tentang solat, kami ingin berkongsi emel yang telah dikirimkan seorang pembaca SuperSyok. Situasi ini khabarnya berlaku di Perak pada awal 2009. Kisah 2 orang bekas sami Buddha yang telah memeluk Islam dan bersolat bersama jemaah masjid.

Monday, May 24, 2010

Seni Jalanan..

Oleh : SuperSyok Team

Seni adalah sesuatu yang subjektif, abstrak dan infiniti. Lukisan adalah salah satu cabang seni yang unik dan menarik. Dari lukisan, ia boleh menggambarkan perasaan dan emosi.


Jika ada insan yang mampu menunjukkan bakat melukis dengan hanya menggunakan habuk-habuk pada cermin kenderaan, kali ini kita lihat pula bakat seni yang cuba ditonjolkan oleh segelintir penduduk UK. Kali ini yang menjadi mangsa ialah tembok-tembok bata dan dinding bangunan.. :-)

Saturday, May 22, 2010

Kem tentera kanak-kanak di Ansan, Korea..

Oleh : SuperSyok Team

Di Malaysia, program latihan khidmat negara ( PLKN ) diwajibkan ke atas sebilangan remaja yang berusia 18 tahun ke atas. Latihan dijalankan selama 3 bulan.


Di Singapura, program yang sama telah dilaksanakan sejak 1971. Rakyat yang berusia 18 tahun ke atas akan diwajibkan menghadiri National Service selama 2 tahun.

Sementara di Korea Selatan, latihan fizikal ala tentera telah didedahkan kepada rakyatnya bermula usia serendah 7 tahun!

Tuesday, May 18, 2010

Cody McCasland; kanak-kanak hebat..

Oleh : SuperSyok Team

Cuba lihat gambar bayi di bawah. Pada pandangan mata kasar, bayi ni nampak normal, sihat dan cukup sifat.


Hakikatnya, bayi ini adalah bayi pra-matang. Dia terpaksa dilahirkan pada minggu ke 34, iaitu 6 minggu lebih awal dari tempoh kelahiran normal. Ibunya terpaksa dibedah selepas berlakunya komplikasi pada kandungan.


Namun hari ini, selepas 9 tahun berlalu, dia telah menjadi ikon unggul golongan Orang Kurang Upaya (OKU), walaupun ia hanyalah seorang kanak-kanak. Siapakah kanak-kanak istimewa ini?