Fans

Monday, April 19, 2010

Perjuangan Ilmu - Rio Negro, Colombia..

Oleh : SuperSyok Team

Ada satu tempat, kawasan pedalaman di Sungai Rio Negro, terletak 56 kilometer ke tenggara ibu negara Colombia, Bogota.


Uniknya, kawasan pedalaman ni tak memiliki laluan perhubungan darat mahupun laluan air. Sebaliknya, seluruh penduduk di sini menggunakan rentangan kabel keluli sebagai satu2nya akses ke dunia luar. Hmm.. macam mana tu?

Pengembara warga Jerman, Alexander Von Humboldt adalah rakyat Barat pertama yg menyaksikan sistem tali luar biasa ini pada 1804.



Pada mulanya, tali jut digunakan sebagai tali merentasi lembah ini. Apabila pembalak mula meneroka kawasan sekitar, kabel keluli telah dipasang menggantikan tali jut.



Tak lama kemudian, aktiviti pembalakan di sini diharamkan. Penduduk setempat mula merubah gaya hidup mereka dengan menternak lembu dan bercucuk tanam. Hingga kini, kabel ini adalah satu2nya pengangkutan untuk penduduk setempat.




Begitu jugalah yg dialami oleh pelajar2 di sini untuk ke sekolah. Setiap hari, mereka perlu melungsur kabel keluli sepanjang 40 meter untuk ke sekolah. Mereka meluncur selaju 60 kilometer sejam setiap kali bergerak di atas kabel itu.



Bagi pelajar seperti Daisy Mora, 9, dan adiknya, Jamid, 5, ia adalah laluan tunggal untuk ke sekolah. Bagaimanapun, Jamid terlalu muda untuk naik sendiri dan Daisy terpaksa meletakkannya di dalam guni jut dan mengawal kelajuan mereka ketika ke sekolah.

Demi ilmu, cabaran dan halangan terus ditempuhi dengan cekal dan sabar. Sebutir mutiara yg diperolehi dengan kerahan tulang 4 kerat dan titisan peluh terasa jauh lebih bernilai kerana di situ ada kepuasan yg tak dapat dicoretkan dengan kata2.. :-)

1 comment:

nad_R said...

wahhh.. hri2 buat flying fox...