Fans

Friday, April 9, 2010

Event in the Sky..

Oleh : SuperSyok Team

Pernahkah korang mengimpikan saat indah menikmati hidangan istimewa sambil menikmati pemandangan permai di sekeliling korang?

Malah lebih syok jika korang berada di tempat yg tinggi di tengah2 bandaraya yg takde langsung bukit atau tanah tinggi.



Di Belgium dan tak mustahil di tempat korang, impian ini boleh menjadi kenyataan.. :-)




Penganjur 'Event in the Sky' yg berasal dan berpusat di Belgium telah beberapa tahun menyediakan perkhidmatan majlis makan tengahari dan makan malam di atas langit dalam keadaan tergantung.




Meja besar ini diletak di dalam kerangka besi yg digantung setinggi 50 meter oleh sebuah kren.





Meja ni boleh memuatkan 22 orang yg mengelilingi meja dalam satu sesi bersama chef dan pelayan. Sementara pemuzik untuk menghiburkan peserta akan bermain muzik di atas pelantar yg berlainan.





Selain dari majlis makan, penganjur juga menyediakan perkhidmatan untuk mengadakan mesyuarat dan majlis perkahwinan di atas pelantar tergantung.



Jom kita tengok pemandangan pada waktu malam. Majlis makan malam di atas pelantar tergantung di tengah2 bandaraya metropolitan :-)




Jom kita layan plak majlis perkahwinan pasangan Belgium di atas pelantar tergantung ni.







Amacam, romantik tak? Hehe....

Walaupun bertapak di Belgium, namun 'restoran tergantung' ni boleh dibawa ke seluruh dunia berdasarkan tempahan. Berikut adalah ejen lokasi 'event in the sky' :

1. Australia
2. Belgium
3. Brazil
4. Bulgaria
5. Canada
6. Chile
7. Czech Republic
8. Denmark
9. Estonia
10. Finland
11. Germany
12. Hungary
13. India
14. Ireland
15. Israel
16. Italy
17. Latvia
18. Lebanon
19. Lithuania
20. Poland
21. Portugal
22. Romania
23. Netherlands
24. Spain
25. Slovakia
26. South Africa
27. Sweden
28. Turkey
30. UAE Dubai
31. Ukraine
32. United Kingdom
33. USA Florida
34. USA Las Vegas
35. USA New York City

Malaysia belum ada lagi. Sape tau mungkin di masa akan datang, ia boleh jadi event terhangat di Malaysia? Hehehehe.....

2 comments:

Unknown said...

Sini Mess-ia mungkin tak ada orang buat acara kawin atas pelantar tergantung bertali keluli gitu, brader..tgh tunggu sapa nak hire such services...TAPI sini ramai dah kawin tergantung tak bertali..hmm..tu hal masalah rumah tangga lah yg tak selesai-selesai sampai mahkamah syariah dah berlambak kes/masalah.

SuperSyok Team said...

Haha.. saje melawak bro.

Kalau takde pun lagi bagus. Membazir je. Sewanya dah tentu mahal tak hengat. Risiko pun tinggi. Buatnya kabel putus, insuran pun tak bleh cover, huhu...