Fans

Tuesday, April 13, 2010

Kem Gajah Maesa, Thailand..

Oleh : SuperSyok Team

Kalau ke Thailand, kami pernah recommend korang melawat Temple Tiger a.k.a Wat Pha Luang Ta Bua di Kanchanaburi untuk menyaksikan malah mengalami sendiri pengalaman hubungan mesra antara harimau dengan manusia.

Kali ni kami nak recommend korang singgah di Maesa Elephant Camp, Chiang Mai untuk menyaksikan kecerdikan seekor haiwan bernama Gajah :-)



Apa yg menariknya Maesa Elephant Camp ni?

Kem Gajah Maesa bertujuan untuk membangunkan gajah ( kira macam program pembangunan insan la, haha ). Di sini, gajah dilatih membiasakan diri dengan manusia. Gembala2 gajah di sini telah dilatih dan diiktiraf Jabatan Veterinar Thailand untuk menjalankan program pembangunan gajah ( macam kelakar la pulak sebutannya ).

Dalam tempoh 3 bulan, gembala2 ini akan mengajar gajah kaedah berkomunikasi, selain aktiviti2 sosial seperti mandi bersama, merentasi hutan dan bermain. Menariknya, kem ini telah mendapat akreditasi ISO 9001. Caya la..

Dan paling menarik dan istimewa, gajah2 di sini mempunyai bakat yg tiada pada haiwan lain dan sebahagian besar manusia. Gajah2 ini boleh bermain bola sepak dan bola keranjang, bermain gegelung rotan, memberi urutan, bermain alat muzik harmonika, menari dan melukis!

Tak caye? Jom kita layan aksi berani mati gajah2 Kem Maesa menunjukkan bakat yg telah lama terpandam. Hehehe...







Nah.. dah siap pun sebatang pokok. Boleh tahan la berbanding dengan lukisan kita, hehehe...



Melukis gambar spesisnya sendiri. Memang berbakat gajah2 ni. Otaknya bergerak membentuk imaginasi dan daya ingatan yg kuat terhadap sesuatu objek. Lebih menakjubkan, mereka boleh terjemahkan imej tu ke dalam bentuk lukisan yg sangat menarik :-)

Jom kita layan lagi hasil lukisan mereka. Oh ye, lukisan2 mereka ni telah dijual di kem tersebut dan juga melalui laman2 web. Laris macam sate Wak Radol. Harga sebuah lukisan pernah mencecah ribuan USD. Masyuukk beb..







Amacam, cantik kan?

Ok la tu, standard gajah lukis. Lawa tu.. ;-)



Pada 13 Disember 2004, Kem Gajah Maesa telah dicatat dalam Guinness World Records setelah berjaya menghasilkan 'Lukisan Terbesar di Dunia oleh Sekumpulan Gajah'.

Lukisan berukuran 2.4 meter X 12.0 meter itu dilukis oleh 8 ekor gajah : Kongkum, Wanpen, Kamsan, Lankam, Duanpen, Songpun, Punpetch dan Pu Oud.




6 jam diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan lukisan itu. Setiap jam, setiap ekor gajah akan berehat selama 15 minit untuk makan, minum dan berehat sebelum menyambung melukis semula. Hasilnya, lukisan mereka tercatat dalam Guinness World Records :-)

Selain berbakat melukis, gajah2 ni jugak berbakat mengurut. Ingat awek Siam je ke reti mengurut, gajah Siam pun boleh maa..




Amacam, ada bran? Hehehe...

2 comments:

FarizAtie said...

nice blog..thats it!!
sooo much information tq dear

SuperSyok Team said...

Thanx.

Stay tuned! :-)