Fans

Thursday, April 22, 2010

Masjid dipelihara Allah di Acheh..

Oleh : SuperSyok Team

26 Disember 2004, tarikh yg masih segar dalam ingatan sebahagian daripada penduduk dunia, terutama sekali mangsa2 tragedi Tsunami yg telah melanda beberapa buah negara Asia.



Di sebalik tragedi yg menakutkan dan menyedihkan itu, terselit iktibar dan ingatan dari Yg Maha Mencipta lagi Maha Berkuasa. Ingatan buat Muslim yg alpa.. Hidayah buat non Muslim yg masih mencari2..



Di bumi Acheh, Allah pelihara rumahNya dari kerosakan akibat tsunami. Di situ tempat berkumpul Muslimin untuk sujud kepadaNya, berzikir dan mengagungkan kebesaranNya, mengajar dan menyebarkan ilmu mengenaliNya.

Dia ingin tunjukkan bahawa hanya taliNya, jalanNya dan dengan bantuanNya sajalah manusia akan selamat dari godaan, ancaman, gangguan, malapetaka dan bencana di dunia dan di akhirat.

Maka ditunjukkan, dalam ribuan bangunan, hanya rumahNya yg terselamat dari rempuhan tsunami. Itulah analoginya buat hati2 yg masih celik untuk menginsafi.









Foto dari satelit NASA menunjukkan sebuah masjid masih berdiri
teguh walaupun seluruh bangunan di sekelilingnya hancur disapu tsunami.



Masjid Baiturrahman, Banda Acheh sebelum tragedi tsunami.


Masjid Baiturrahman masih kukuh berdiri selepas tragedi tsunami.
Menurut saksi, air laut yg merempuh ganas terbelah dua melepasi masjid ini.







Masjid2 di atas terletak berdekatan dengan laut. Bangunan di
sekelilingnya semua hancur. Tapi kuasa Allah mengatasi segala2nya.






Tragedi tsunami di Acheh telah 5 tahun berlalu. Namun pengajaran yg tersurat dan tersirat dari peristiwa tersebut masih gagal terselit kemas dalam hati2 kita. Zina dan pembuangan bayi masih berleluasa di kalangan Muslimin.

Allah pilih Muslimin Acheh untuk diuji, namun pengajarannya untuk Muslimin seluruh dunia. Moga hati2 kita tidak tertutup untuk menerima cahaya hidayahNya.

2 comments:

Unknown said...

tapi jgan tak caya kot ada yg ngaku Islam boleh kata seperti berikut:

+ Oh masjid tu boleh kukuh sebab skruktur binaan spt tiang utama pacak kuat (pasak bumi? hehe)..+ bahan binaan berkualiti baik & berkedudukan (ditambak) tinggi sedikit. Sedangkan bangunan lain spt rumah orang, kedai sekeliling masjid hanya diperbuat drp papan, mudah goyang ,runtuh.

+ Oh kebetulan saje tu. Nothing special about it.

+ Ishh..tu gambar rekaan super-imposed or anything liek that, saja tu. Actually masjid tu ranap 100%. Propaganda puak ekstremis atau fundamentalis Islam saja semua ni.

+ Eh jugak masjid runtuh apa? Kenapa tak tunjuk masjid runtuh tapi hanya tunjuk kita masjid yg tak runtuh?

Bla bla bla.

FarizAtie said...

orang2 yang mcm tuh kte jangan layan la encik hanz_azdi..kte2 yang tau kebenaran islam..insafi diri kita..pasal orang len biarkan doakan semoga ALLAh mencampakkan keimanan kepada mereka seperti mana ALLAh mencampakkan keimanan ke atas sahabat2 nabi yang dahulunyu teguh membenci islam kan..ihik peace :)

Tsunami memang memberi pengajaran kerana abg saya pergi menjd Dr sukarela..die terkedu lihat kemusnahan yg berlaku..