Fans

Friday, May 7, 2010

Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg.. :-)

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah berkongsi fakta menarik dalam slot Korang tau tak? (8) mengenai sebuah tasik yang bernama Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg. Haa, camne nak sebut tu.. huhu....


Tasik Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg terletak di Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Ia membawa maksud 'ko mancing kat sebelah sana, aku mancing kat sebelah sini, takde sape mancing kat tengah2'. Haha.. camne tu pun boleh jadi nama ke.. :-D

Thursday, May 6, 2010

Faces of Death..

Oleh : SuperSyok Team

Kita sering didedahkan dengan kematian, samada melalui bacaan, pemerhatian mahupun pengalaman sendiri. Dari sudut positif, ia sangat digalakkan dalam melahirkan keinsafan dalam hati dan diri kita supaya sentiasa menyedari kedudukan kita sebagai hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa.


Namun adakala hati ini degil untuk menafsir dan menginsafi akan setiap sunnah alam. Maka ditunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit petanda dan bukti kebesaran Allah serta kebenaran setiap janjiNya.

Tuesday, May 4, 2010

Perkampungan gua batu Cappadocian, Turki

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah paparkan kisah perkampungan Troglodyte ( rumah gua zaman purbakala ) di Iran yang telah berusia lebih 700 tahun.


Di negara Turki, sebuah perkampungan yang sama turut ditemui. Di sebuah daerah bernama Cappadocian, perkampungan Troglodyte dilihat masih kukuh binaannya.

Monday, May 3, 2010

Perjuangan Ilmu - Kg. Gulucan, Sichuan..

Oleh : SuperSyok Team

Sepertimana di Rio Negro dan Yunnan, satu lagi tempat yang ingin kami kongsi bersama para pembaca blog SuperSyok.. sebuah kawasan pedalaman yang terletak di pergunungan Sichuan, China.. yang pasti meruntun keinsafan di hati kita.


Sekolah Asas Kampung Gulucan, terletak di daerah Sichuan, menyimpan 1001 kisah perjuangan penuntut dan pendidiknya yang komited memperbaiki taraf hidup mereka.

Sunday, May 2, 2010

Let's the pictures speak.. :-)

Oleh : SuperSyok Team

Berat pulak jari nak menaip hari ni. Biar gambar je la yg berkata2.. :-P

Saturday, May 1, 2010

Korang tau tak? ( 14 )

Oleh : SuperSyok Team

1. Pada 13 Februari 1746, seorang lelaki Perancis, Jean Marie Dunbarry dihukum gantung atas kesalahan membunuh bapanya. 100 tahun kemudian, pada tarikh yang sama iaitu 13 Februari 1846, cicitnya pula, yang juga bernama Jean Marie Dunbarry telah dihukum gantung atas kesalahan yang sama iaitu membunuh cucunya (bapa kepada cicitnya).

2. Perlawanan gusti paling hebat dalam sejarah adalah di antara William Muldoon ‘The Solid Man’ dengan Clarence Whistler ‘Kansas Demon’ di New York pada 1880. Mereka bertarung tanpa henti selama 9 jam 38 minit sehingga kedua-duanya rebah kepenatan.