Kita sering didedahkan dengan kematian, samada melalui bacaan, pemerhatian mahupun pengalaman sendiri. Dari sudut positif, ia sangat digalakkan dalam melahirkan keinsafan dalam hati dan diri kita supaya sentiasa menyedari kedudukan kita sebagai hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa.
Namun adakala hati ini degil untuk menafsir dan menginsafi akan setiap sunnah alam. Maka ditunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit petanda dan bukti kebesaran Allah serta kebenaran setiap janjiNya.
Kerja2 penggalian semula kubur biasanya dilakukan untuk tujuan pemindahan jenazah2 lama ke kawasan perkuburan baru. Melalui proses ini, timbullah pelbagai kisah yang membawa iktibar kepada kita akan kebenaran janji Allah tentang nikmat dan azab kubur.
Kami ingin berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan keadaan mayat selepas penggalian semula dilakukan ke atas kubur mereka. Moga ia menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup.. penilaian sebenar adalah di tanganNya.

1 comment:
takut aku tengok..seram!!
Post a Comment