Fans

Thursday, May 27, 2010

Mana dapat tu Kak Mon?

Oleh : SuperSyok Team


P E R I K E M A N U S I A A N..

Mengapa perkataan di atas mengambil perkataan 'manusia' sebagai kata akar?

Kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, lengkap dengan akal dan nafsu, dilantik sebagai khalifah di atas muka bumi, dan pelbagai lagi keistimewaan yang menyebabkan ia boleh jadi lebih mulia dari makhluk lain.

Dari kata akar 'manusia', ia mencerminkan suatu pemikiran, perasaan dan tindakan yang waras dan berakhlak.



Tetapi hari ini, darjat manusia lebih rendah dan hina berbanding darjat haiwan.

Apakah suatu ketika nanti, perkataan 'perikemanusiaan' akan digantikan dengan 'perikebinatangan'? Kerana manusia hanya waras dan berakhlak dari sudut teori, tapi realitinya lebih teruk dari haiwan..









Hanya agama yang boleh mengembalikan manusia kepada darjatnya yang sedia dimuliakan Tuhan. Iblis daripada api diarah sujud kepada Adam daripada tanah.

Allah telah hulurkan tali penyelamat bernama ISLAM kepada umat manusia. Dan itulah janji roh sebelum ditiup ke dalam jasad. Manusia perlu kembali kepada fitrah sebenar.

1 comment:

Ateh Nour said...

Sallam, sebab manusia pun sekaraang dah macam monyet, sedaangkan monyet pun pandai sayangkan anaknya...