Fans

Monday, May 10, 2010

Tong sampah sisa elektronik di China..

Oleh : SuperSyok Team

Hari ni zaman IT. Setiap hari akan lahir produk / model terbaru alat2 elektronik, alat telekomunikasi, perkakasan komputer dsb. Hari ni harganya tinggi. Bulan depan harganya turun sebab kelahiran model baru.


Dulu komputer desktop menjadi pilihan ramai. Hari ni hanya pejabat2 je yang masih pakai komputer jenis ni. Tu pun banyak yang dah guna monitor jenis LCD. Monitor besar gedabak dah tak musim beb.. Hehe...


Namun sedarkah kita, di mana letaknya berjuta2 monitor lama tu setelah kewujudan monitor LCD atau laptop?

Kesemua perkakasan itu termasuk alat komputer, alat komunikasi dan alat elektronik lain yang tidak digunakan lagi telah dikumpul di beberapa buah kawasan di negara China, India dan Nigeria untuk dikitarsemula.


Guiyu, adalah salah sebuah daerah yang dimaksudkan. Ia terletak di timur Guangdong, China. Selain daripada sebuah perkampungan padi yang menghasilkan produk tani seperti beras secara besar-besaran, Guiyu juga terkenal sebagai ‘daerah sisa elektronik dunia’.





Guiyu menjadi tempat pengumpulan komputer, laptop dan pelbagai barang elektrik yang rosak dari negara Barat.






Dalam sehari, lebih dari 60,000 pekerja tempatan termasuk kanak-kanak bekerja dalam industri pemansuhan sisa elektronik ini.








Sesetengah pekerja pergi ke tebing sungai, menyalakan api dan membakar komponen elektronik tertentu bagi mendapatkan sejumlah kecil kandungan emas seperti cip komputer.

Kaedah ini sebenarnya amat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Ia menghasilkan Sulfur Dioksida dan Klorin yang akhirnya dibebaskan ke dalam sungai.



Penduduk Guiyu tidak meminum air sungai. Air bersih diangkut dengan trak sejauh 30 batu untuk ke kampung ini. Kandungan bahan kimia dalam air sungai sangat tinggi hingga tiada lagi hidupan marin wujud di situ.

Namun mereka masih menggunakan air sungai untuk mandi dan mencuci pakaian. Kesannya, tubuh badan mereka lembik, cepat letih, lesu dan menghidap penyakit kulit.

2 comments:

nasikpaprik said...

pandai barat ni..pegi dump sume sisa diorg kat sana...yg suffer org2 tempatan..rakyat negara diorg selamat dr pencemaran mcm2 ni...
mmg dasar barat

SuperSyok Team said...

Indeks pencemaran di negara China sebenarnya dah tahap kritikal. Pencemaran air, udara dan permukaan bumi.

Tengok aje la kedai RM2, stall-stall jual mainan & barang plastik. Semua produk China.

Bayangkan berapa ribu buah kilang diperlukan untuk menghasilkan barangan tu untuk dieksport ke seluruh dunia.

Bayangkan kepulan-kepulan asap yang dilepaskan dari kilang-kilang tu.

Alam dah lama menangis..