Fans

Friday, May 7, 2010

Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg.. :-)

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah berkongsi fakta menarik dalam slot Korang tau tak? (8) mengenai sebuah tasik yang bernama Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg. Haa, camne nak sebut tu.. huhu....


Tasik Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg terletak di Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Ia membawa maksud 'ko mancing kat sebelah sana, aku mancing kat sebelah sini, takde sape mancing kat tengah2'. Haha.. camne tu pun boleh jadi nama ke.. :-D



Nama panjang lebar tu adalah daripada bahasa Agonquian, bahasa ibunda penduduk tempatan berbangsa Nipmuc, salah satu daripada bangsa American Indian.



Selain daripada nama original tasik ni yang panjang tu, tasik ni juga dikenali sebagai Tasik Webster.

Ia diberi nama Webster Lake sebab terletak dalam daerah Webster dan yang paling penting bagi memudahkan sebutan, memandangkan nama asalnya terlalu panjang untuk diingat dan disebut. Kiranya possibility untuk tersasul tu memang tinggi la, haha..



Tasik Webster memiliki keluasan 1,442 ekar dan mempunyai 8 buah pulau. Dan yang paling syok, tasik ni memiliki puluhan spesis ikan air tawar yang menjadi buruan kaki pancing dari seluruh US.

Terlalu banyak ikan kat sini, besar2 pulak tu, dan ramai pulak orang mancing kat sini, mungkin sebab tu Nipmuc Indian menamakan tasik ni dengan sebatang ayat yang merujuk kepada aktiviti memancing. Hehehe..



Biasanya kaki pancing akan sewa bot yang disediakan untuk menduga gergasi2 air tawar penghuni Tasik Webster. Rata2 tak pulang tangan kosong.

Tak caye? Haa.. amek korang gambar2 kat bawah ni..






Amacam? Ada macam Tasik Kenyir tak?



Cafe dan restoran di Tasik Webster masih mengekalkan nama asalnya yang unik dan popular di seluruh dunia, walaupun ianya agak susah disebut dan diingat melainkan korang terer bahasa Agonquian, hehe...

2 comments:

Hairun Azmi said...

Lucunyer...kekekekekek

SuperSyok Team said...

Agak2 kat Mesia, ada tak nama tempat yg panjang2 camtu?

Kalau ada, kasik tau. Sama2 kita bongkar, hehehe...