Fans

Tuesday, February 23, 2010

18SG : Japanese Die Hard..

Oleh : SuperSyok Team

Big Japan Pro Wrestling (BJW) ialah organisasi gusti legenda Jepun tahap profesional yg melibatkan perlawanan berani mati.

Pertarungan dalam gelanggang akan melibatkan senjata2 merbahaya seperti batang lampu 'fluorescent' dan kawat duri.

Pertarungan berani mati yg dianjurkan BJW menarik perhatian banyak peminat. Penubuhan dan perlawanan pertama diadakan pada 16 Mac 1995 di Yokohama Cultural Gymnasium.

Bagusnya, BJW ni bukan je takat handle 'die hard wrestling' macam ni, tapi juga terlibat dengan kerja2 kebajikan. BJW menyumbang ke rumah2 jagaan kanak2, sekolah dan lain2 aktiviti kemasyarakatan. Pehh.. luar ganaz tak ingat, rupanya dalam ada baik maa... Hehe..




Ni adalah antara 'wrestler' BJW. Ada yg muka nampak baik je.. tapi rupanya 'die hard' beb. Haha..




Gelanggang pertarungan BJW yg dipagari dengan 300 batang lampu 'fluorescent' yg akan digunakan sebagai senjata dalam perlawanan.

Jom kita saksikan babak2 pertarungan yg dahsyat tak ingat dalam BJW..




























Pehh.. batang sate pun boleh jadi senjata ke? Lepas cucuk bebanyak tu nak buat ape? Tak tembus otak ke? Gulp..!

Apapun bebudak yg tersesat masuk blog ni, jangan menggatal nak test aksi2 di atas dengan kengkawan atau adik beradik. 'Wrestler' di atas yg bertaraf profesional tu pun ada yg mati dalam pertarungan. Ini betul2, bukan cobaan..

Children, don't try this at home!

2 comments:

Sakinah Aqilah said...

wrestler berkepala botak tu namanya Abdullah Kobayashi.

Muslim ke dia??

SuperSyok Team said...

Ntah.. agaknya la kot. Kat Wikipedia takde sebut pulak. Wak Google pun takde jawapan.

Hehe.