Fans

Wednesday, February 17, 2010

Kemalangan membabitkan Kanak2.. :-(

Oleh : SuperSyok Team

1 Februari lalu, 1Malaysia digemparkan dengan satu kemalangan maut yg membabitkan seorang murid sekolah darjah 5, di Ipoh.

Lim Jian Wei, murid SRJK (Cina) Bercham yg tengah berbasikal pada 6:20 pagi dilanggar sebuah bas sekolah yg dipandu Ho Siwi Wan, 61.

Sementara 8 Januari lalu, berlaku kemalangan di antara sebuah motosikal dengan sebuah traktor di Pattaya, Thailand. Kemalangan tu menyebabkan kematian seorang kanak2 lelaki berumur 2 tahun, Munin Chomsriwan.


Munin dan kakaknya Wilai Sapso, 38, on the way ke Sekolah Muang Pattaya, nak tengok sambutan Hari Kanak2. Motosikal Honda Wave yg ditunggang Wilai Sapso terlanggar belakang sebuah traktor yg tengah gostan.

Munin yg membonceng kakaknya tercampak dari motor dan terhempas ke atas jalan. Tanpa memakai topi keledar, tengkoraknya retak dan lehernya patah. Sementara kakaknya hanya cedera ringan.

Sikit masa dulu, seorang bayi China berusia 2 tahun dijumpai mati selepas lemas akibat kemalangan yg berlaku dalam rumah.

Kemalangan berlaku lepas kepalanya tersangkut pada pagar katil ketika cuba turun dari katil tu. Dia tak dapat bernafas sebab hidung dan mulutnya terpekap pada tilam.

Sedih.. tengok jari2nya yg mencengkam kuat pada alas tilam sampai terkoyak.. membayangkan bagaimana dia meronta2 melepaskan diri selepas kepalanya tersangkut. Nak menjerit / menangis, suara dah tersekat... Huhu..

Budak ni pulak main garpu sampai tercucuk hidung. Mujur tak kena mata.. Hishh macam2...

Kemalangan boleh berlaku kat mane2. Paling sedih bila membabitkan kanak2 yg tak berdosa. Biasanya mereka terlibat sebab kecuaian org dewasa. Jarang la mereka sendiri cari pasal.
.
Ada yg mati dalam mesin basuh. Ada yg mati jatuh tangga. Ada yg mati lemas dalam besen. Ada yg mati kena langgar keta ibu @ bapa sendiri yg tengah gostan. Ada yg mati tercekik makanan.
.
Yg kes buang bayi tu jangan citer la.. tak terkira. Ni yg accident ni.. either indoor or outdoor. Malang tu takde bau, so org dewasa, ibubapa dan penjaga kena upgrade la level of awareness tu.
.
Moga Allah lindungi keluarga kita dari kematian2 yg mengaibkan dan tragis...

2 comments:

Sakinah Aqilah said...

cian tengok baby yg mati lemas tu.. isk isk....

SuperSyok Team said...

Anak2 dilahirkan bersih dan innocent. Apa yg berlaku pada mereka adalah hasil tangan2 org dewasa, samada ibubapa, ahli keluarga dan org di sekeliling.

Kerana keprihatinan dan komitmen kita, mereka boleh berjaya dan sejahtera.

Kerana kealpaan dan kecuaian kita juga, mereka boleh tewas dan merana.

Di sini kami turut sertakan video klip yg menunjukkan betapa pentingnya para penjaga memastikan kanak2 di bawah seliaan mereka ni sentiasa dalam keadaan selamat dan terlindung.

http://www.youtube.com/watch?v=OD-TsRHxXWk

Moga kita sama2 mendapat iktibar..