Fans

Thursday, March 11, 2010

Minum Air Kencing?!

Oleh : SuperSyok Team

Korang penah tengok filem Waterworld (1995) tak? Filem tentang kehidupan masyarakat atas air. Salji kat Kutub Utara cair menyebabkan paras air laut naik mendadak. Banyak tanah2 besar ditenggelami air. Mereka yg survive hidup atas bangunan2 yg didirikan atas laut. Macam2 aktiviti yg diorang buat untuk terus hidup.






Dalam filem tu, ada satu babak dimana Kevin Costner kencing dalam satu mesin. Mesin tu proses air kencing tu untuk dijadikan air minuman.

Tahun 1995, mungkin ia satu idea futuristik.

Tapi pada 2009, Leonardo Manavella telah menjadikan idea tu satu realiti. Dia telah mencipta satu alat yg mampu memproses air kencing manusia atau haiwan menjadi air yg boleh diminum ( oleh dia kot ).



Alat tu bersaiz bola ragbi. Perlu dipasang pada bangku kaki tiga yg disertakan. Bangku kaki tiga ni memiliki lapisan karbon yg bertindak membuang rasa dan warna air kencing tu.




Butang di kiri dan kanan alat tu perlu ditekan dengan kedua2 sisi lutut ( mengepit di celah kaki ) untuk mengalirkan air yg dah diproses tu ke dalam satu compartment. Nah, air tu dah siap untuk diminum ( kalau korang selera nak minum la.. ).



Ha, ni manualnya. Ikut je gambar tu kalau susah nak paham. Kalau tak paham jugak, gi kedai runcit beli je sebotol air mineral ( lebih digalakkan, huhu.. ).

2 comments:

Sakinah Aqilah said...

macam2 idea mat saleh ni...

mungkin alat ni dicipta untuk pengembara mereka yg berkelana di padang pasir kot.
kalau hanyut kat tengah laut masih boleh minum air laut...

hmmm.. ntah lah diorang ni.

SuperSyok Team said...

Ha'a. Memang tu la tujuan dia create benda ni.

Tapi kita as a Muslim jangan la guna. Dari susah payah pikul 'bola ragbi' ni baik pikul botol air.