Fans

Wednesday, March 17, 2010

Pemanasan Global..

Oleh : SuperSyok Team

Bumi hari ini semakin panas. Cuaca terik di sana sini. Walau diselang seli dengan hujan yg sekali sekala, suhu membahang masih tetap mencengkam kulit.

Air di permukaan bumi makin berkurangan, siang dan malam disejat dek suhu yg membara. Air sungai makin susut. Aras air takungan di empangan menurun drastik.

Akibatnya, air bersih makin segan2 nak mengalir keluar dari paip rumah kita. Bekalan air terpaksa dicatu! Waarrgghh...

Semuanya akibat tangan2 manusia sendiri. Manusia merosakkan alam, alam kembali menghukum manusia.



Hari ni kita dengar istilah Pemanasan Global a.k.a Global Warming. Menatang ape tuh?

Bagi memudahkan pemahaman bersama, kita perhatikan sejenak aktiviti alam.



1. Setiap saat, matahari sentiasa memancarkan sinarannya ke bumi.

2. Bumi dilindungi oleh lapisan ozon, yg bertindak sebagai dinding pemisah antara ruang atmosfera bumi dengan ruang angkasa. Lapisan ini jugalah yg akan memantulkan kembali sebahagian besar sinaran matahari ke ruang angkasa, sementara menyerap sebahagian kecil sinaran tu ke bumi.

3. Tetapi hari ini, keadaannya sudah terbalik. 70% daripada tenaga solar yg dipancarkan matahari telah melepasi lapisan ozon dan terus ke bumi. Hanya 30% saje yg terpantul balik ke ruang angkasa.

4. Apabila proses kondensasi berlaku dalam ruang atmosfera, ia melepaskan tenaga yg menghasilkan ribut, hujan dan salji.

Ok, tu ape yg berlaku dari atas (matahari) ke bawah (bumi).

Sementara ape yg berlaku dari bawah (bumi) ke atas (ruang angkasa)?



1. Banyak aktiviti di atas bumi yg membebaskan tenaga haba seperti pembebasan asap oleh industri berat, kilang, kebakaran hutan, asap kenderaan dsb.

2. Malangnya hanya 20% saje dari jumlah tenaga haba ini yg melepasi lapisan ozon dan bebas ke ruang angkasa. Sementara 80% lagi telah terpantul balik dan kembali ke ruang atmosfera.



70% tenaga haba dari matahari + 80% tenaga haba dari aktiviti bumi = kerosakan bumi.

Himpunan tenaga haba inilah yg akan memanaskan kembali permukaan bumi. Ia akan mencairkan salji di Kutub Utara lalu menambah kuantiti air laut.

Kesannya, aras air laut akan meningkat, tak mustahil bakal menenggelamkan penempatan2 yg terletak di pinggir laut dalam masa beberapa tahun lagi.

Menurut rekod, secara purata, dalam tempoh 100 tahun, aras laut sedunia telah meningkat dari 4 hingga 8 inci. Dan pada 1997, negara US sendiri telah menyumbang 20% daripada keseluruhan penghasilan gas rumah hijau.


Haba yg memanas dan mengeringkan bumi membantu pembiakan serangga2 kecil terutamanya nyamuk yg membawa virus malaria dan denggi.


Ok, penat dah berceramah tentang alam sekitar. Kita layan gambar sket. Kesan pemanasan global ke atas hidupan bumi.


What a realistic proof. Haha...


Even an ice-cream van also melt. Huhu....












Habitat beruang kutub terjejas teruk. Ada kemungkinkah akhirnya mereka terpaksa berhijrah ke tempat lain?

1 comment:

kisah hati said...

Ya Allah sedihnya tgok beruang2 ni..kita kat yg kat tanah ni rase panasnya,yg beruang tu xde tmpat walau utk brgerak pon..janganla binatang ni pupus,sedih sangat tengok..