Fans

Thursday, March 4, 2010

Harimau kamceng dengan sami Buddha..

Oleh : SuperSyok Team

Kami pernah paparkan kisah buaya Nil yg kamceng tak hengat dengan org Afrika. Kali ni kitorang nak share tentang Sang Belang yg kamceng gile dengan sami Buddha kat Thailand.



Ape pendapat korang tentang gambar comolot di atas?



Yg ni plak? Huhu.. siap boleh main taring rimau lagi tu.

Brader2 ni bukan petugas zoo, atau safari. Tapi cuma sami Buddha. Pakai ilmu penunduk rimau ke ape ni? Hehe...



Kat Thailand, ada sebuah kuil Buddha digelar Kuil Harimau ( Tiger Temple ) a.k.a Wat Pha Luang Ta Bua. Ia terletak di daerah Kanchanaburi. Uniknya, kuil ni bukan saje dihuni manusia, tetapi juga haiwan buas iaitu harimau.

Asalnya, kuil ni dijumpai dalam sebuah hutan tebal pada 1994, yg turut menjadi habitat pelbagai hidupan liar. Pada 1995, kuil ni mendapat lencana Buddha Jubli Emas yg diperbuat daripada 80 kg emas ( kira macam dapat pengiktirafan la kot ).

Pada 1999, kuil ni menerima seekor anak harimau pertama yg sakit dan yatim, lepas ibunya mati ditembak. Anak harimau tu dirawat dan dibesarkan oleh sami2 ni. Anehnya, lepas tu berderet anak2 harimau datang ke sini lepas kematian ibu masing2 akibat ditembak. Hingga 2009, hampir 50 ekor harimau telah membesar di kuil ni.

Bukan takat harimau je, kadang2 babi hutan, rusa, kijang pun turun dari bukit ke kuil ni setiap petang untuk makan bersama lembu, kambing, ayam dan arnab yg menetap di kuil ni.



Harimau2 ni diberi makan ayam dan daging lembu yg dimasak. Daging2 ni dimasak terlebih dahulu bagi mengelakkan harimau2 ni merasai darah dan bagi membunuh virus selsema burung yg mungkin wujud pada ayam2 yg diternak.





Kuil ni menerima pengunjung dari seluruh dunia, di antara 300 hingga 600 orang sehari.




Macam geletek kucing la pulak. Hehe...


Ada beberapa syarat yg diwajibkan ke atas para pengunjung :

1. Jangan pakai pakaian berwarna merah.
2. Jangan pakai skirt atau kain. Pakai seluar je.
3. Jangan buat bising a.k.a memekak.
4. Jangan berlari atau pergerakan kelam kabut.

Antara pakej dalam lawatan ke Tiger Temple ni :

1. Mandi dan berakit bersama harimau.
2. Sarapan dengan sami dan harimau.
3. Menunggang bapak harimau.
4. Suap makan anak harimau.
5. Bergumpal dan bergambar bersama harimau, babi hutan, rusa dan monyet.

So, korang yg berani mati boleh la nak holiday di Kuil Rimau @ Wat Pha Luang Ta Bua ni. Hehe...

2 comments:

Unknown said...

Harimau-2 ni sebenarnya telah dijinakkan & dibimbing dgn berjaya...Kira-2 mengenang jasalah...Bukan seperti melepaskan anjing tersepit...Tapi mereka diberi makan percuma & siap masak lagi...hmmm...cuba kuil tu tak cukup duit nak beli ayam & lalu tak dapat bagi makan seminggu, kita tengok apa jadi? Mau kot hari-hari mau makan sami & pelancong jadi mangsa?
hehe

Sakinah Aqilah said...

kalau tengok syarat kepada pengunjung, x boleh pakai kain @ skirt.

err.. tapi tengok Sami tu semua selamba je pakai kain.

atau kain warna oren dibenarkan? hehehehe...